Kaa-chiingg

Wednesday, March 31, 2010

Nasihat Untuk Wanita Part 2 (Lelaki Jangan Baca laaa)

Da nama tajuk part 2
sambungan dari entry saya yang lepas

11) Hendaklah isteri berpuas hati (REDHA) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah
samada miskin atau kaya

12) Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan terpaksa dan
dia juga TIDAK BERHAK melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya

13) Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi DITOLAK
hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam LAKNAT oleh malaikat ke pagi

14) Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,
dia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah
laknat malaikat juga laknat manusia sekalian

15) Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,
maka akan Aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan
dan memuliakan hak-hak suami mereka
*sambil sujud...sayang..nak handbag sebijik...

16) Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada HARI KIAMAT nanti
Allah jadikan lidahnya SEPANJANG 70 HASTA kemudian diikat ke belakang tengkoknya

17) "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.
Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah WANITA."
Rasulallah s.a.w. ditanya, "Mengapa demikian Ya Rasulallah'
Jawab Rasulallah s.a.w.
"WANITA mengKUFURKAN suaminya dan mengkufurkan ehsannya.
Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup

18) "Kebanyakkan ahli NERAKA adalah terdiri dari KAUM WANITA."
Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka,
"Mengapa terjadi demikian, adakah mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"
Jawab Rasulallah s.a.w.
"Tidak. Mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya,
sesungguhnya setiap seorang kamu adalah nikmat suaminya"

19) Keadaan WANITA 10 KALI GANDA seorang LELAKI di DALAM NERAKA
dan 2 KALI GANDA seorang LELAKI didalam SYURGA

saya rasa, untuk menjadi seorang wanita itu bukan mudah asalkan kita taat pada suami dan Allah
kalau ingkar salah satu...maka nahaslah..
sebab semuanya menjaga hati si suami
huh...ada lagi sambungan
Part 3...

mak saya selalu cakap...'baru mama tau kenape perempuan lebih ramai di neraka...'
sebab sekarang..ikut logik laa
kebanyakkan wanita mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari lelaki
jadi dia jadi sombong di situ
tu satu..yg lagi satu
ada wanita berpangkat lebih tinggi dari suaminya
jadi dia sombong di situ...
kadang-kadang si isteri senang-senang nak marah suaminya
(ni realiti...pernah nampak depan mata saya okk)
si suami turut jaa kata isteri
macam-macam lah

ada siapa-siapa tak puas hati..bagitahu lah..
saya nak sangat tau kenapa wanita jadi macam ni sekarang
(padahal aku pun perempuan...)
bukan apa...nak kahwin dah ni..
taknak terlupa terlepas laku..
nanti lidah kena ikat kebelakang......takut....

Tuesday, March 30, 2010

Nasihat Untuk Wanita Part 1 (lelaki jangan baca!)

Saya terjumpa artikel ini dalam rumah saya
jadi nak kongsi-kongsi dengan semua blogger
*macam ramai je yang jenguk blog ini..

okk
tajuk atas yang lelaki jangan baca tu sebab
nanti lelaki akan megah bangga riak dan rasa macam berkuasa sangat lepas baca entry ni

1) Urusan yang ditanyakan pada hari akhirat ialah mengenai SOLAT dan urusan SUAMINYA

2) Apabila wanita lari dari suaminya, solatnya TIDAK DITERIMA
sehingga kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya





geng jaga aurat...baikkk punyaaa

credit to google ;p




3) Perempuan yang memakai BAU-BAUAN kemudian keluar melintasi kaum lelaki ajnabi
maka dia adalah PEREMPUAN ZINA
dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah ZINA
-da tak bole pakai perfumes ke??alaa...-


4) Sebaik-baik wanita ialah TINGGAL DI RUMAH
tidak keluar kecuali urusan mustahak
(layan blog kat rumah jaa pasni ye kaum hawa...)
Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh IBLIS
Sabda Nabi s.a.w.:
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan
memandang akan perempuan itu

5) HARAM bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah
KECUALI urusan menuntu ilmu dan berjual beli

6) Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulallah s.a.w. bersama isterit-isterinya
datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum)
Rasulallah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam
Bertanya Ummu Salamah,
"Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulallah?"
Rasulallah s.a.w. menjawab
"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias
(bukan untuk suami dan mahramnya)
adalah seumpama gelap-gelita pada hari Kiamat
tiada NUR baginya

8) Mana-mana wanita yang BERMASAM MUKA menyebabkan tersinggung suaminya,
maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya
(adoii...senyum je laa walaupun hati panasssss)

9) TIDAK BOLEH seorang isteri mengerjakan PUASA SUNAT jika suaminya ada di rumah
serta tidak diizinkannya

10)TIDAK BOLEH memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya tanpa izin suami
-jangan memasukkan ye lelaki ke dalam rumah..haha...macam barang memasukkan


kepada lelaki yang baca jugak tu
korang janganlah bangga sangat ye
jangan buli isteri korang
okk...
sayang menyayangi
erk...

kalau da taip Part 1 kat tajuk atas tu...mesti ada Part 2 kan?
jadi...nantikan ye wahai wanita..
kalau mau baca...datang lah ke blog ini lagi...

Apa MyLook Ni?

Ah-Ha..
My Look
Mula-mula tak faham
Bila da Sign Up sendiri
baru faham

Tak salah pun nak mencuba
kita juga untung
Sebab kita search saja semua di My Look
Dan kita earn money..
Sambil search...duit pun jalan
best kan?

jum laa try..
saya baru jaa sign up beberapa minit tadi
copy paste aja di bawah ini
http://mylook.com/join.php?x=18926

(ampun..masih belajar...tak reti nak link kan terus..hahaha..silakan gelak sama)


Tips Langsing Gebu Cara Sihat Seperti Saya :)


Tajuk entry itu buat anda akan sebut "Ceh"... Ceh perasan sungguh saya hahaha....
ahh...biarkan perasaan itu membunga disitu sebab saya sedang bersenang hati untuk berkongsikan berita baik ini ;) ngaangaaangaaa.....

Kawan-kawan perempuan ku sekelian, anda mengalami masalah perot buncit? berat badan berlebihan? tidak dapat menahan nafsu makan? (macam iklan dalam TV pulak)


Atau boyfriend atau tunang atau suami anda pernah berkata "AWAK TU GEMOK, LEMAK SANA SINI" Sungguh mengecikkan hati bila orang yang tersayang berkata sedemikian.


Okehh okehh... anda kelik ke entry ini sebab melihat tajuknya seperti penulis sudah berjaya mendapatkan bentuk badan idaman tanpa risiko sebab ada tulis perkataan sihat disitu..hahaha...betul kan betul kan?? Saya tahu...semua perempuan inginkan bentuk badan yang cantik dengan cara yang sihat. Tak berani menanggung risiko dengan mengambil pil-pil yang memudaratkan. Untuk pengetahuan, saya menjadi langsing gebu juga sebab pengambilan pil. Ehh... jangan la panik. Saya ambil pil yang Insyallah tidak memudaratkan... Saya sudah mengambilnya selama tiga bulan satu minggu dan yaa....saya boleh katakan disini ianya selamat. Benar-benar selamat!!


Saya mengambil produk YUSMIRA Kapsul Pati Halia + Losyen Pati Halia
tentulah produk buatan Malaysia ;)


Kapsul pati halia dirumus daripada pati halia berkualiti tinggi dan kombinasi herba tempatan yang terbukti amat berkesan dalam pengurangan berat badan di samping membuang lemak berlebihan secara semulajadi dan tanpa kesan sampingan agar badan kelihatan langsing, cantik dan menawan. Tapi disini saya syorkan jangan ambil pil ini semasa haid. Kenapa?? Semasa ambil pil ni...perut akan rasa nak membuang aje.....Takdelah sakit perut memulas-mulas macam termakan julap tu...takde takde....cuma memang kadar pembuangan sisa-sisa tu melebihi dari kadar biasa. Sebab tu saya tak syorkan mengambilnya semasa haid. Sangat tak selesa ok!! huk huk...


Losyen pati halia pula amat berkesan untuk melangsingkan badan kerana ianya dapat membakar lemak dengan berkesan tanpa memberikan kerosakan pada kulit malah dapat menghaluskan tekstur kulit. Ianya amat sesuai untuk ibu lepas bersalin terutamanya bagi menanggalkan selulit dan mengempiskan perut. Losyen ini juga dapat melegakan senggugut. *Tapi sama sekali tidak dapat menghilangkan PMS okey....hahaha. Selain itu juga ianya baik untuk kegunaan seisi keluarga. Tapi bukan untuk baby- ianya sangat panas tak sesuai untuk kulit baby.


Dan sudah tentu produk yang saya ambil ini adalah HALAL


Pengesahan halal produk pati halia tidak perlu dipertikaikan. Produk pati halia yang dikeluarkan oleh Yusmira adalah menepati piawaian syariah dan disahkan halal. Ianya disokong dan disahkan halal serta dipantau oleh Jabatan Agama Islam Kelantan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)


Okey...produk ini memang berkesan la....tapi bukan secepat yang anda sangkakan. Ikut kadar metabolisme badan seseorang. Setiap orang kadar metabolismenya berbeza-beza. Jadi, apa yang saya amalkan ialah ambil pil ini 2 biji setiap pagi sebelum sarapan dan 2 biji lagi malam sebelum masuk tidur. Selepas mandi pula saya sapu losyen pada bahagian-bahagian yang ingin dipecahkan lelemaknya. *tetibe trasa malu di situ...ahh...muka rasa hangat semacam ;)

Pastu berjogging seminggu sekali aje--sekali aje sebab saya orang yang sibuk dan tak rajin bersenam hahaha... Kalau anda rajin buatlah senaman yang boleh membakar lemak dengan lebih kerap. Maybe kesan pun lebih cepat. Pastu paling penting jaga pemakanan. Makan ikut waktu. Bukan makan ikut nafsu okeyyy!!


Jadikan pengambilan pil dan losyen ini sebagai amalan selama 3-4 bulan. Insyallah... selepas tempoh itu korang akan dapat puji-pujian seperti "Wah, sexynye kamu!!" atau "Kamu dah nampak kurus laa...apekah rahsianye??" atau "Eh...baju kamu nampak longgar sangat lah" atau "Abang tengok ayang sekarang dah semakin berpinggang" ----ahh... itu cuma ayat rekayasa jer...

sebelum & selepas


Okey okeyy....saya sudah malu!!! huuwaaa ;)

*** Produk YUSMIRA TIDAK SAMA SEKALI MENGUBAH WARNA KULIT ANDA SILA JANGAN TERTIPU DENGAN RESOLUSI GAMBAR DI ATAS SEKIAN.

"European Last Ticket.....Who?" -updated-

Salamx satu Malaysia...hari ini saya akan updated standing terbaru dan perebutan tempat ke-4 dalam "Barclays Premier League"..
Seperti semua sedia maklum semalam Manchester City telah mengalahkan Wigan maka dramaKing BPL ni semakin menjadi-jadi...Apakah Liverpool masih berpeluang untuk melayakkan diri?? Mari kita tengok standing terbaru dan "possible point" di akhir "season" ini...
(jeng...jeng..jeng)




Jika kita lihat daripada rajah di atas (macam mase sekolah dulu-dulu la plak), maka peluang Liverpool masih ada dengan syarat tiada "upset" dalam mana-mana game/perlawanan yang melibatkan 3 kelab besar iaitu Man. Utd. , Chelsea dan Arsenal...
Sekiranya terdapat "upset" ataupun bookie bola sepak nak menang duit banyak...maka peluang untuk Liverpool sudah tertutup...
Apa-apa pun kite still tunggu dan lihat ape kesudahan dramaKing yang dibawa khas oleh Barclays....

(saya akan update setiap minggu pasal dramaKing ini)

*You'll Never Walk Alone....

Monday, March 29, 2010

LOVE is CINTA






Ditujukan untuk semua orang yang sedang bercinta :)
Perasaan itu sangat indah kan......nikmati saja dengan aman....



Tahi Minyak

Haiiiiihhhhhhhhhhh

Adakah kamu seorang tahi minyak?? ehhh...bukan saya cakap muka macam tahi minyak. Kamu terlalu hensem/comel untuk dibandingkan dengan tahi minyak. Tahi minyak tu sangat burok bentuknya. Tahi minyak yang saya maksudkan di sini adalah simpulan bahasa yang membawa maksud CEREWET. Cerewet itu adalah sifat atau perangai yang kalau melampau-lampau boleh menyebabkan orang menyampah yang amat!


Semua orang adalah tahi minyak. Aik? Kenapa tak percaya eh? Kalau saya ubah ayat tadi jadi Semua orang adalah Cerewet. Haa.....percaya tak? percaya tak? Tipu lah kalau ada orang yang tak cerewet langsung di dunia ini. Pasti ada walaupun sedikit.


Mengikut pengalaman saya selama 3 tahun bekerja la kan....orang yang ada sifat CEREWET TAHAP DEWA adalah orang yang --ape saya boleh cakap ye??` jap saya fikirkan....hurrmm...

Okeh senang cerita macam ni lah yer..... Kepada pembaca-pembaca sekelian *cehh...macam ramai jer yang baca hahaa perasan jap. Semua orang tau "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" atau ayat Melayunya "PELANGGAN SELALU BETUL" kan kan? dan sebagai customer korang sentiasa menggunakan segala kuasa yang ada pada perkataan CUSTOMER atau Melayunya dipanggil PELANGGAN itu dengan sepenuhnya. Dan masa ni lah perangai CEREWET kamu itu terkeluar dengan sengajanya. Tahu tak kamu bila tahap CEREWET kamu itu melampau sangat-sangat akan menyusahkan banyak pihak. Dan sebab CEREWET kamu itu tanpa kamu sedari segala urusan menjadi bermasalah. Itu tak kena, ini tak kena, dan tak pasal-pasal benda kecil yang boleh settle sehari jadi seminggu. Hal yang boleh dibereskan selama sebulan jadi setahun. Dan tanpa kamu sedari disebabkan sifat CEREWET TAHAP DEWA kamu itu memakan diri sendiri. Maunya tidak,.. kamu buang masa, tenaga dan mungkin juga wang ringgit. *Tau la kamu banyak duit. Kalau nak cerewet tu sila lah berpada-pada yer.... Sudah tu, kamu jugak membuang masa dan tenaga orang lain disebabkan perangai kamu yang tak boleh blahhh itu! (haiihh...bunyi macam marah jer....)
Saya tak marah. Tapi ada sedikit kesal dengan sesetengah orang. Customer cerewet ni kadang-kadang sampai ke tahap TIDAK RESPECT cara kerja sesuatu company. Ikut sukahati diorang sampai nak buat peraturan sendiri. Helooo..... Cuba tempatkan diri korang sebagai peniaga. Apa perasaan bila ada orang lain cuba mengatur atau mengolah sendiri peraturan atau syarat yang sudah kamu tetapkan??`

Entry ini sangat bosan yeh? Takpelah....saya sambung lain kali....

P/s:- Tahi minyak boleh ditelan, Tahi orang???`

Saturday, March 27, 2010

KLCC GELAP PASANG LILIN??

earth hour dah pun berlalu
saya pergi KLCC bukan sebab nak tengok lampu
ikut mak bapak ku jalan-jalan
mak saya shopping kasut dan hand bag
saya dapat essence SKII je....
handbag n kasut tak dapat
sob sob sob.....


geng sokong earth hour

tak pe tak pe..nak cakap...
saya sedih sebab tak dapat candle earth hour tu..
ada siapa-siapa dapat?
bagitau eh..
macam ni..
candle tu dapat free kalau kita spent above RM100
saya dengan bangganya bawa resit itu ke kaunter tengah-tengah tu
(resit tu bape ratus taauuuuu)

nak dapat free itu candle punya pasal
sekali...'oh cik..ISETAN tak termasuk dalam list earth hour...kedai-kedai luar je...'
ceeettt....
rupa-rupanya...ISETAN PARKSON tak boleh join...
sedih beb...
frust sebab tak dapat candle
tapi bila skodeng-skodeng
takde special pun candle tu..
warna purple..
taktau lah kalau ada ukir-ukir earth hour 2010
tak haruk pun okk..sebab orang kata dah alang-alang kat KLCC kannnn...
(ayat orang keciwa+dengki+cemburu+busuk hati)

saya sempat curi ambek gambar KLCC saat menutup lampu...
kat lampu merah...
(sib lampu trafik tak off kan kan kan???)

gambar ini tepat 8.30malam
tapi dalam bangunan tu masih terpasang lampu
camane tu???

KLCC menjadi gelap seketika


so...menjadikah earth hour seperti yang diwar-warkan...yang diheboh-hebohkan???

Friday, March 26, 2010

Cara Untuk Mengurangkan Cukai Pendapatan

Sudahkan kamu, kamu, kamu semua menunaikan tanggungjawab ini?? Ya..... membayar Cukai Pendapatan adalah salah satu tanggungjawab kita *yang sudah bekerja sahaja okey...budak sekolah tak payah pening-pening fikir dan bertanya "kenapa aku tak terima Borang BE lagi ek?" haiishh....apekah itu Borang BE? memula terima Borang BE rasa macam--owhh...apekah ini? ehh..tapi sekarang orang guna e-Filing (e-BE) laa....ngaangangaaa... Walaupun begitu masih ada yang liat atau tidak ambil peduli. Heyy....jangan yaa....jangan tak bayar. Diingatkan di sini tarikh tutup pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar adalah pada

(ayat ditiru bulat-bulat dari mukadepan Borang BE yang asal)

30 April 2010.

Kalau tak nanti korang kena Penalti. Huhu... lagi pening... korang kena ingat LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) adalah Along yang berlesen ya.... ehh kenapa saya cakap diorang ni Along pulak? Bukan diorang kasi pinjam duit punnn?` Diorang mintak duit aje... Ehh macam samseng laa pulak kan.... Samseng yang berdaulat!! Ngaangaangaaa....

Sebenarnya ada cara untuk kurangkan cukai tu... diorang tidaklah terlalu kejam. Dalam borang tu pun ada tulis apa-apa yang diorang bagi pelepasan.

Antaranya ialah:

1. Zakat

Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.

2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.

3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNA, MERCY dan banyak lagi

5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)
Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.

6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

7. Melanjutkan pelajaran postgraduate utk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.

8. Pembelian barangan sukan
Pelepasan cukai maksimum RM300

9. Insuran hayat/takaful keluarga
Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). ini tidak termasuk dgn takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.

10. Bayaran perubatan utk ibu bapa
Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun).

12. Beli hartanah yang bernilai 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000 .

13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.


****PENTING!!! Sila simpan resit-resit pembelian dalam satu fail Cukai Pendapatan Peribadi--

buatlah file sendiri. Kalau tak jangan mimpi nak dapat pelepasan tu semua.

BUKTI harus ada maaa..... Sama jugak lah macam korang nak kahwin kannn,... kena la ada sijil kursus kahwin. Kalau tak tok kadi tak rela nak menikahkan. Kira macam sijil tu syarat WAJIB mesti ada sekarang ni. Bukti yang korang dah mengikuti kursus kahwin. Orang yang tak pergi kursus tu tak boleh dinikahkan. Amboiii...garang sungguh Jabatan Agama Islam sekarang yer... Adoiii.... tetibe lari topik.

8 Makanan Menyahkan Stresssss

Lama tak update bloggy saya ini
Walaupun badan kurang sihat
Sebab stress beberapa hari ini
Oleh yang demikian
saya search apa yang boleh kurangkan stress dalam internet
maka............
Saya pun terjumpa laa 8 makanan yang boleh nyahkan stress kita
-ayatku macam takde mood skema kan? pening demam selsema dan dan..ahhh...-



agghh....duit da abes...


ok ok ok...
mood..come here...dun run away far far sangat okkk

saya harap dengan senarai makan bawah ini dapat menolong korang jugaaa

1) Dark chocolate
(yang macam pahit-pahit tu)


2) Skim Milk
(macam low fat pun boleh..minum 4kali sehari ok)

3) Oatmeal

4) Salmon
(pasni kene pegi sushi king ni)

5) Walnut

6) Sunflower Seeds
(biji bunga matahari tu.....macam kuaci okk)

7) Sayur Bayam

8) Blueberries





Happy Makan People!!!
Takmo Stress lagi okkkkk!!!
(nasihat to myself too)



geng happy without stressss....minmin...yasmin...


nak tips nyahkan demam dan sesema......

Wednesday, March 24, 2010

Baru Nak Bercinta Dah Curang!

Saya sedih


Saya nak minta maaf


Saya janji tak buat lagi


Saya mengaku saya bersalah


Maafkanlah saya...





Yee...saya tahu awak tak peduli...ehh..bukann..bukan begitu..


Awak buat saya berkecil hati...


Sebab awak macam tak peduli saya


Sebab tu saya curang---sekejap


Yeeee......saya mengaku saya curangggg....


Tapi baru je beberapa hari...


isk isk iskk....


Jangan hukum saya lebih-lebih...


Ye...saya terima hukuman yang awak berikan itu...


Saya redha...


Tolong jangan tinggalkan saya ye....


Saya menyesal...saya sungguh-sungguh benar menyesali atas segala perbuatan saya!!


Huhuhuhuuuuuhuhuu :((


Saya nangesss nii.......serius saya nangesssss......


uUUUuuUUuuUUuuuuuuUuuu.....






Awak tak akan tinggalkan saya kan??


Awak masih perlukan saya kan??


Awak masih sayangkan saya kan??






Saya tak rela kehilangan awak....


Saya sayangkan awak sangat-sangat...


Saya perlukan awak untuk mengisi segala kekosongan hidup saya...


Kalau awak takde, saya pasti sunyi..


Hidup saya takde ertinya lagi..






Kita baru mula bercinta


Awak pun tak kenal saya sangat


Saya pun tak kenal awak sangat


Berilah masa untuk hubungan kita ni..



Boleh kan??



Saya janji saya takkan curang lagi..


Walaupun untuk sehari..Serius saya tak tipu!!


SAYA TAKKAN CURANG LAGI!!!


Dan awak pun kenalah berjanji dengan saya jugak...


Janji yang awak tak akan TIDUR lagi!!!


Asyik tidur memanjang sebab tu saya kecil hati...


Janji yang awak akan beri saya pocket money setiap bulan!!


Kalau tak nanti saya sedih...sedih sebab awak tak mampu nak jaga saya


Saya perlukan awak untuk jaga makan minum shopping-shopping dan bayar PTPTN saya tau takkk!!!






Kalau tak, buat apa saya nak bercinta dengan awak....


Awak bukan orang


Awak tu alien


Awak pun banyak awek keliling pinggang


Saya ni entah orang yang keberapa dalam hidup awak


Awak cuma mempergunakan saya untuk kepentingan kerjaya awak...


kan kan kannn?? Elehh...jangan nak banyak songeh!

(tetibe emo di situ)


Asal awak tunaikan permintaan saya tu...saya pasti akan sentiasa SETIA pada awak seorang je...


Jangan sampai saya hilang sabar dan terus sepak awak jauh-jauh!!


Ehh....ingat saya tak berani ke??


Awak jangan cabar saya tauuuu~~!!






Dalam hubungan kita ni memang kita saling memerlukan antara satu dengan yang lain


Jadi saya kena bersabar melayan kerenah awak


Yer laaa.......Siapa lah saya nii....


Dan awak pun kenalah berlaku adil


Jaga hati saya


Saya pasti akan jaga awak dengan baik


Kita saling menjaga okeyy.....










I LUV U NUFFNANG!


I LUV U NOW & FOREVER!


**encik Advertlets Im Sorry GoodBye~~


























Tuesday, March 23, 2010

Liverpool Vs Man City Vs Totenham Hotspurs Vs Aston Villa





Hohoho......Salamx...
Team manakah yang akan memenangi tempat ke-4 seterusnya mendapat tiket ke UEFA Champions League pada season depan...


Perebutan tempat ke-4 semakin menarik dengan kekalahan Liverpool menyaksikan mereka tertekan untuk menghadapi seluruh musim ini...Dengan berbekalkan 51 mata ketika ini....mereka perlu menang kesemua perlawanan liga...hahaha...
.(padahal kipas-susah-mati Liverpool)...

Saya membuat sedikit kajian tentang perebutan tempat ke-4 ini...jom tengok...



hahaha......menarik kan..???
sekiranya andaian ini tepat
(Macam Nujum Pak Belalang Plak)
maka perebutan ini akan memihak kepada 2 kelab iaitu Aston Villa dan Liverpool..
dan kedua kelab ini akan dibezakan dengan jaringan gol pada perebutan tempat terakhir ke Eropah itu...

Tapi, apa-apa pn saya harap-harap biarlah Liverpool yang pergi Champions league itu...
Sebab kalau kelab lain yang pegi KOMPOM KENE TAPAO dengan kelab-kelab Eropah yang lebih berpengalaman...(sebenarnye takut Torres pergi Real/Barca/Inter)
sebab kalau tanpa Liverpool dekat Champions league nanti macam tak best nak tengok Aston Villa ke..Man. City ke...Totenham ke...Kompom kalah..

So...Terpulanglah pada korang semua apa nak fikir...bak kata abang bil...
LU PIKIRLA SENDILI....hahahaha

Sajer jerk nak post besar-besar suh orang sokong Liverpool..huhu




Monday, March 22, 2010

Beg Plastik Atau Beg Kitar Semula

topik hari ini terjadi atau tercipta berdasarkan pengalaman saya sendiri
percaya atau tidak..
saya kena bayar sekeping beg plastik??!!!
memanglah bagus dan langkah awal untuk pengguna sedar
tapi sekurang-kurang warning lah dulu laa weiihh
adooii

ok ok ok
saya memang sangat menyokong semua tema
'Go Green'
'Save Our Planet'
'Recycle'
dan macam-macam lagi kempen
saya marah ke apa ni sebenarnya?
saya sendiri tak pastilah

musuh ketat utama dunia kini....

saya masih terkejut dengan tindakan sebuah pasaraya yang tak terkemuka itu
siap tanya
'nak guna plastik sendiri ke tak?'
saya bingung soalan itu
lalu saya pun 'huh?' pada cashier itu
'ada plastik sendiri tak?kalau tak, plastik sini kena bayar RM0.20 satu'
hahahahaahah
gelak guling-guling aku
terpaksalah saya beli plastik itu dengan RM0.20 sekeping
saya terdiam masa cashier tet tet tet scan barang-barang saya..
dan barang-barang itu masuk ke dalam plastik berharga 20sen
berfikir.....-kena simpan plastik 20sen ni-
'kenapa takde notis kat entrance?'
apa-apa pun..
lepas ini..saya nak beli beg yang macam kain kapas ke kain tebal itu
beli banyak-banyak
langkah awal untuk mengelak perkara sebegini berlaku lagi
dan juga menyokong kempen itu semuamodel beg kitar semula..cunnya..

sebenarnya..kamu semua perasan tak
kalau mat salleh datang ke 'supermarket'
mereka bawa beg mereka sendiri?
memang diorang bawa..
saya pun nak mencontohi nilai-nilai murni itu
tapi....

saya akan ajak keluarga dan kawan-kawan..
kekasih
teman lelaki
mari menjaga alam sekitar kita...
bawalah beg itu bersama ketika kita membeli belah
tak kisah lah beli baju ke beli perabot
bawalah 'mereka' bersama mula saat ini
okkkkkk??

selamat mencuba bawa beg kitar semula

Soccer Kids TV3 Best!! Diorang dah tewaskan Junior Soccer Singapore


Peeeeerrhhhhhhhh,.....tajuk entry kali ini memang tak boleh belah! Hahaha..... Kenapa saya teruja sangat ni?? weiiiiii weiii.... Mari sini ramai-ramai baca celoteh saya!

Siapa tengok rancangan Soccer Kids di TV3 setiap Ahad? Haaaa....mungkin ramai yang tak ambil peduli rancangan ini. Saya pun tak peduli sangat. Sebab saya memang bukan kaki tengok TV pun... Tanya saya pasal Akademi Fantasia pun, saya boleh cakap tak kenal dan tak cam langsung muka-muka pelajarnya. Hahaha.... Tapi kenapa tetiba nak buat entry pasal Soccer Kids yang saya sebenarnya tak peduli sebelum ni pulak??

Sebenarnya semalam secara tak sengaja saya tertengok TV3. Boleh ke macam tu tak sengaja?' Hahahaaa...... Bukan buat lawak la...betul tak sengaja. Saya tertengok la budak-budak ni bermain bola. Ingat nak layan kejap sebab tengok macam comel-comel je budak-budak tu main kejar-kejar bola. Alih-alih saya boleh layan sampai habis. Hahaha... Tapi serious saya cakap taip... memang dahsyat jugak la bebudak tu main.

Episod semalam yang saya tengok tu adalah kemuncak Soccer Kids iaitu perlawanan antara finalis Soccer Kids bertemu dengan pasukan Junior Soccer Singapore yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) . Dan mereka telah membuatkan muka jurulatih pasukan Junior Soccer Singapore bengang sebab mengalahkan anak didiknya dengan teruk yang amat memalukan.


11-0


Saya dah tergelak-gelak guling-guling tengok budak-budak pesta gol. Macam-macam aksi. Comel sungguh mereka. Hahahaa...nak tengok MU lawan Liverpool pesta gol memang menyakitkan hati. Tak sia-sia usaha TV3 untuk memajukan sukan bolasepak negara. Pada saya, TV3 berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan yang digemari seluruh dunia ini. Kenapa saya cakap taip macam tu, sebab diorang main macam profesional!! Betullll....saya tak tipu! Hebat sangat persembahan permainan diorang semalam. Nampak kekuatan team work diorang. Permainan mereka nampak kemas dan teratur. Mereka ni kalau di latih dengan gigih, rasanya tak mustahil mereka boleh jadi bintang bolasepak bertaraf VVIP. Cececeehh....

Inilah muka-muka comel itu. Dah la comel, nakal-nakal pulak tu. Anak-anak siapa la ni ye..?? Hehehe....Ending episod semalam diorang dah nak balik ke rumah masing-masing. Pastu mereka sorang-sorang dipanggil untuk terima wang elaun sebanyak RM300 seorang sepanjang berada dalam latihan itu. Siap kena tulis nama dalam buku log yang disediakan, macam cerita P.Ramlee dulu-dulu masa terima gaji. Hahaha... sangat comel.... Lepas tu macam-macam aksi diorang buat masa terima duit tu. Ada yang nyanyi-nyanyi depan kamera. Pastu ada jugak yang buat tabik spring kat abang tukang kasi duit itu. Hahaha...kelakar. Masa ditanya nak buat apa dengan duit tu, ada yang jawab nak beli psp la...ada juga yang jawab nak simpan dalam bank. Macam-macam laa budak-budak ni...

5 Kesalahan Masa 1st TIME DATING

Ok..dating ni boleh dikatakan susah kalau kita tidak biasa
dan kadang-kadang boleh jadi 'annoying'
tapi dating ni sebenarnya bagus sebab kita boleh kenal orang itu dengan lebih mendalam
kalau tak..macam mana kan kan kan?
saya ceduk ini dari laman web



ok..mari kita fokus dan semat dalam dada
dan tidak melakukan kesilapan ini okkk people

1) Limited
JANGAN dating dengan orang yang normal type untuk anda
maksudnya..you all kena keluar dari comfort zone dan cari orang yang you all tidak pernah terfikir untuk dating
lain dari yang biasa you all dating..
dating dengan bos besar company you all kerja ke? (make sure dia single lagi ok!!)
dating dengan dekan you all ke? (wahaha..melampau la contoh saya ni)

2) Underestimate diri sendiri
Jadi diri anda sendiri..
jangan berangan nak jadi perempuan macam dalam Nur Kasih ke (bukan tak boleh..)
dalam drama Korea nak comel-comel segala

3) Judging Yourself
takmo takmo
sebab ini akan memakan diri sendiri
kita kan manusia
jadi mesti ada kekurangan kan?
terimalah seadanya..

4) Expecting too Much
haa...ni pun no no no
sebab ini akan mengecewakan kita kalau apa yang kita mahu itu tiada pada orang yang kita baru jumpa
ok?
kalau date itu memang teruk..cuba untuk enjoy dengan date itu..ok?
-haha..agak susah lahkan?-

5) Sindrom Mengejek
kalau you all dalam berantakan dalam hubungan..
jangan anggap semua orang sejahat bekas pasangan you all itu
tak semua jahat dan jangan anggap bukan-bukan terhadap orang lain
tak baik



Sunday, March 21, 2010

My Favourite Surfing Spot


Semua orang mesti ada tempat kegemaran untuk online.
Saya memilih untuk online di mana-mana sahaja di dalam ruang rumah saya.
Tapi dalam banyak-banyak ruang itu...saya paling suka di sini...lihat gambar di bawah.




Sila lihat gambar katil yang tilamnya nampak gebu empuk itu.

Mesti rasa macam dalam syurga. Sejuk, nyaman, tenang, bahagia....jangan jealous ya!!

(sila jangan sebut "ceh" sebab saya tak suka dengar bunyi itu)

Saya suka ber"online" sambil guling-guling di atas katil.

Macam pelakon hindustan pulak.

Sambil guling-guling online, sambil tengok rancangan TV kegemaran.

Kadang sampai tertidur sebab nyaman sangat tilam gebu empuk lagi wangi itu. Wah....sangat heaven!!

Kan tadi saya beritahu saya suka online di mana-mana sahaja.

Itu termasuklah di luar rumah. Semasa jalan-jalan cari pasal dan secara tiba-tiba dapat idea nak buat topik blog
ah-haaa..
saya online terus dengan wiggy wimax..
senang je..
dengan netbook ku dan wiggy..
-memang bawa ke mana netbook ku ini..ringanlah katakan-

very the small small thing everything
on the go everything
i like...
macam gambar SEXY wiggy di bawah ni


Kalau korang rasa menyampah membaca entry ini, sila beralih ke blog lain. Sebab entry kali ini sangat mengada-ngada sengaja buat orang dengki.

Ini hanyalah cerita saya tentang spot kegemaran saya ketika online
lain orang lain selera
tak gitu?

Dan saya tak sabar menunggu rancangan Project Alpha Season 2 yang akan berlangsung pada 19 April 2010 nanti!!



Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS

Liverpool Menang Atau Manchester United?

:::::::::::::::::::
......tadaaaa....
:::::::::::::::::::




ok..game malam tadi..
tengok tak?
tengok tak?
ok ok..
keputusan dia..
Aston Villa seri
pastu Spurs MENANG..
ok ok ok...
semalam saya punya entry kata apa?
tapi taktau lah sekarang..
50-50 kot..

hahahhahaha

lepas tu KAN...
Manchester United semakin tertekan
sebab Arsenal menang game awal pagi tadi
OMG!!
pressure pada MU ye..
sebab kena MESTI WAJIB HARUS menang game nanti
kalau tak...abes laa beb..
MU...pressure ke?

suspenyeee...
kan kan kan??
saya punnnn
waaaa..............
tapi kenapa saya suspen??

kita tunggu dan lihat esok kawan-kawan..
tralalalala
lalalala
(hati berbunga-bunga.....)
sekian laporan ringkas


-kenapa Aston Villa Seri nii???-

Saturday, March 20, 2010

Bersungguh Mencintai Perempuan

gud day everyone!!!!

Oh lelaki-lelaki di luar sana
oh.........
topik itu macam suruh lelaki semua serius dalam bercinta
tapi janganlah serius sangat
nanti bosan pula
maksud saya....................................

bila dah mula memberi cinta
-aduuiii jiwang lah plak aku ni-
korang jangan lah main-mainkan perasaan perempuan itu macam
macam macam macam apa yaaa...
bukan apa...kadang-kadang ada lelaki tak faham :
perempuan tu sebenarnya tengah merajuk dengan lelaki tu
tak pun, tengah bengang dengan lelaki tu..
tak pun, tengah terasa dengan lelaki tu
tak pun, tengah geram nak mati dengan lelaki itu
-cam ada pengalaman kan saya ni..ahaks-


wahai lelaki.......sensitif lah sikit dengan teman wanita tu...
tanya dia kenapa dia tiba-tiba naik angin
mesti tanya kenapa..
jangan biarkan sahaja..
mesti ada sebab dia begitu
kalau tak..takkan nak naik angin gitu jaa
sebab takut nanti hubungan korang makin teruk
nanti lama-lama perempuan tu dah tawar hati..
kene tinggal..
tongango den..
caring-caring sikit
buat perempuan rasa dirinya dihargai
okkk???

selain itu..
bila keluar sama-sama
kalau dia asyik ushar benda tu
tanya dia..
'ente mahu satukah?'
'nanti ana belikanlah'
gitu...
yang perempuan plak..jangan aaa ushar kereta ferarri plak!
-hangus laa weiihh-
sebab kadang-kadang apa yang perempuan tengok tu..
dia teragak-agak nak minta dari kamu wahai lelaki..
tapi dia juga tak mahu beli sendiri..dia nak kamu yang belikan wahai lelaki...

oh lelaki budimannnn....
banyakkan pertanyaan dalam hubungan korang
tapi jangan lebih-lebih plak
tanya sekadar buat perempuan rasa korang sebenarnya ambil berat
bukan tanya 'ente dah makan?'
'ente dah mandi?'
'ente buat apa?'
haiyaaaa...
ini soalan haa...banyak habuk wooo...
tanyalah...tadi mandi guna sabun ke tak
sabun apa...
shampoo apa..
haa..gitu..

haaaa....ini paling perempuan menyampah
janganlah ushar perempuan lain masa korang dating
adoooiiiiiiiiiiiiiii
lagi plak tengok perempuan sexy-sexy
tak bek naaa...
nanti orang sebelah awak tu a.k.a gf korang tu
terasa sangat-sangat
macam:
'alaa...ana tak sexy cam perempuan tu'
'ana tak 'hot' cam perempuan tu'
'aku tak cantik ke?'
takmo takmo takmo..
okkkk??

*ente=kamu
*ana=saya
darah arab yang mengalir kuat dalam darah ini.....

Lelaki CURANG : Kurang Cerdik=BODOH

Kenapa tak percaya eh?
(nada suara macam dalam iklan BCB)
Kajian akademik telah membuktikan lelaki curang- kurang cerdik atau kurang bijak atau bahasa kasarnya dipanggil BODOH. Walaupun mungkin bukan semua--Bukan semua lelaki BODOH,curang dan bukan semua lelaki PANDAI, tak curang.
Kajian yang dipetik akhbar Daily Mail menyebut, lelaki yang tidak setia kepada isteri berkemungkinan besar tidak mempunyai daya kecerdikan atau IQ yang tinggi. Pakar psikologi evolusi Kajian Ekonomi dan Sains Politik London, Dr Satoshi Kanazawa berkata, semakin cerdik seseorang lelaki itu, semakin kurang kemungkinan dia menduakan pasangannya. Saintis ini berkata,
tanggapan biasa:-lelaki selalunya cenderung untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita, berdasarkan evolusi sejarah.
Namun, lelaki cerdik biasanya akan mengamalkan sesuatu yang bercanggah dengan tanggapan itu.
Bermakna, mereka TIDAK akan membiarkan diri mereka berada dalam kumpulan tanggapan biasa mengenai lelaki. Mereka tak suka menjadi curang sebaliknya setia pada satu.
Oleh itu, saintis merumuskan, dalam soal kesetiaan rumah tangga, lelaki yang tidak dapat berubah dan selalu curang lebih berkemungkinan dalam kategori ‘BODOH’.
Dr Satoshi Kanazawa dalam kajiannya mengatakan bahawa wanita sering kali SETIA kepada SATU pasangan, termasuk dalam keadaan bermadu-- (adakah ini bermaksud perempuan lebih BIJAK dari lelaki?) :)

Ka-Chiingg