Kaa-chiingg

Sunday, May 2, 2010

Tips Kaki Cantik Seperti Saya--Lelaki dialu-alukan membacanya!!




Adalah sesuatu yang memalukan bila anda adalah seorang wanita yang cantik, berpenampilan menarik tetapi tumit kaki maaakkk aaiihh....berkerak! Macam ni...


ni ok lagii.....tapi kalau macam niii....


Adoiii.........kelihatan seperti mesin pemarut kelapa. Seperti jalan tak siap pun ada... Rasanya?? hmm.... kering dan kasar!! Walaupun tumit menggerutu ini tidak sama sekali mendatangkan kesan yang memudaratkan pada badan, tapi sudah tentu hal ini akan menjejaskan penampilan. Betul takk??? Sebab tu saya sangat menjaga kaki saya!! Ececehh.... Puji diri sendiri belahhh la weeii...

Saya tidak pernah membiarkan kaki saya jadi seperti image di atas. Sebab saya ni jenis yang tengok orang dari bawah ke atas. Bukan atas ke bawah. Sebelum saya kutuk orang, saya akan tengok kakinya dulu. Tu pun kalau dia tak pakai kasut tertutup. Senang nak tengok. Walaupun dia berpakaian selekeh, rambut serabai tapi kaki nampak bersih dan kuku kaki tak berkerak, saya tak jadi nak kutuk. Serius!! Dari kaki lah kita dapat nilaikan orang tu jenis macamana....betulll.....tak percaya sudahh....

1) Amalkan merendam kaki dengan air suam yang di tambah garam--rendam 20 minit sampai terasa kulit kaki kembang. Senang nak potong kuku dan buang kulit-kulit mati sekitar kuku tu...

kalau nak terasa seperti buat treatment di spa, bolehlah bubuh bunga-bungaan seperti image di atas. Tapi saya memang tak buat laaa macam tu...tak kuase aku nak pegi petik bunga bagaii...

2) Jangan kedekut untuk cantik. Belilah set manicure/pedicure yang ada banyak di jual di Watson. Ianya memudahkan membuat rawatan kuku sendiri di rumah.


3) Mulakan dengan memotong kuku. Pastu kikir kuku supaya tak terasa kasar. Pastu bersihkan permukaan kuku dengan alat yang sesuai. Image di atas tak ade pulak bendalah tu... Pastu sental tumit dengan menggunakan alat yang macam pemarut kelapa tu... dalam image tu no. 4 dari bawah. yang no. 2 dari bawah tu alatnya macam pisau cukur. Tapi bukan untuk cukur bulu kaki tauuu!!...bukan bukan bukannnnnnn....!!! tu untuk tanggalkan kulit keras. Biasa selain tumit, kat celah tapak kaki antara ibu jari dan jari kedua (biasa orang yang suka pakai selipar akan alami masalah di situ). Atau kat tepi hujung jari kelingking kaki tu... Korang faham ke tak ni?? Senang cerita, mana-mana bahagian tapak kaki yang ade kulit keras yang tak boleh sental guna alat pemarut tu...haaa korang guna la pisau cukur tu...dapatt??


4) Nak pastikan kaki sentiasa bersih, amalkan memberus dan menyental kaki setiap kali mandi. Kalau takde berus khas untuk kaki, berus gigi yang dah tak digunakan pun bolehhh..... ;)) sudah dapat berjimat di situ...

Dan kalau ada sesiapa yang memiliki tumit yang kronik sangat-sangat rekahannya, bolehlah sapukan krim yang bersesuaian. Ada banyak jual di Watson. Haaa..... Lelaki jangan ingat korang tak mengalami kaki buruk berkerak nii... Selalu lelakilah yang maha dahsyat kuku kakinya....adoiii... siap ada hitam-hitam cam lebam kat tepi-tepi celah tu....eeeeeeuuuuu...



oppsss....... sila abaikan bentuk-bentuk yang menghairahkan di situ.... ;)

Sebelum tido jangan lupa basuh kaki tauuu.....!!!

Sekian.

11 comments:

uncle said...

gambar di pic bawah sekali uncle dah booking..itu gambar..UNCLE YG PUNYA hahahahahha (sambil mengelap darah yg terpancut dari idung kat monitor)

masterly02 said...

sib baik kaki sy cantik..lagi satu sy paling x suka kalau org tak potong kuku..confirm org tu pengotor..

serol said...

amboi2 uncle...haha..
tips2 berguna~berkilau2 lah kaki serol lepas ni..haha

Unknown said...

erkk.hidung da darah.sayangi la kaki masingmasing.peace.

Kay- said...

uncle: baekk...sy saved utk uncle yekk...

masterly02: haa taw xpe...

serol: wangi dan berkilau ;) hik hik

+akufobia+: idung berdarah xpe...janji kaki mau wangi aahh...ehehehe..

Berd said...

best la entri ni. tak tahu mengapa. nak-nak lagi part akhir.

kau pandai buat perenggan konklusi lah!!!


kehkehkeh!

Nashays said...

ellgy plus kan ade..hihi :P

Kay- said...

Berd: x boleh selalu...nanti ramai berdarah di sini bhahahaa..nway thankx.

Nashays: Haa...Taw xpe..

Anonymous said...

i like girl feet~!rase nk cium2 je..ekekeke

Anonymous said...

Gambar non-muslim yg tak menutup aurat pun sebaiknya elak ditayangkan. Risau jadi fitnah dan mengaibkan jika ditakdirkan dia masuk Islam :')

Asif jiddan... berdosa juga jika kita menaikkan nafsu seseorg tu...

wallahualam :')

Unknown said...

iya cantik cantik...
kan ada juga orang yang kurang percaya diri dengan kakinya ...
nah untuk mendapatkan rasa percaya diri apakah membutuhkan kaos kaki murah untuk melindungi kakinya

Ka-Chiingg