Kaa-chiingg

Friday, July 30, 2010

Emak



Dulu masa aku masih belajar di uitm Shah Alam, emak rajin telefon.
Masa study di Kolej Matrikulasi Labuan lagi la... sangat gigih emak
bertanyakan "ada duit lagi ka?" "duit cukup tak?"

Masa belajar di uitm, aku memang sangat boros.
Emak selalu ingatkan, belanja berhemah. 

"Kita bukan orang senang nak...kursus yang kau ambil ni...anak orang kaya-kaya ja yang ambil....Bapak kau sudah pencen....ingat tu...pakai duit tu elok-elok. Jangan belanja yang bukan-bukan...kalau bapak kau masih kerja macam dulu kau di Labuan dulu tak apa jugak... Sekarang ni harap abang dan kakak kau saja... Pandai-pandai la yaa...nak..."

Heh.. bila tengok vedio emak Mohd Khairuddin ni dalam youtube
aku tiba-tiba rindukan emak
Kalau emak masih hidup
Kalau emak masih ada
Sudah pasti akan aku ajarkan beliau menggunakan youtube
sepertimana aku telah ajarkan emak
main game Feeding Frenzy dan juga Zuma
Akan aku biarkan saja emak membebel depan komputer
cakap apa saja beliau mahu
Sebab bila beliau sudah tiada
Pasti vedio itu boleh jadi pengubat rindu
Pembakar semangat juga mungkin


Al-Fatihah untuk emak 
Allahyarhamah Marsanah@Tina

I Luv U~ I Luv U~ I Luv U 

EMAK!!


Thursday, July 29, 2010

Lelaki Menyakitkan Jiwa

Tajuk pun da terang dan tersuluh...
Lelaki memang suka sangat buat perempuan sakit jiwa

kenapa lelaki suka membezakan kawan dia sendiri dengan awek dia?
kenapa buat GAP yang sangat besar antara dia dengan awek dia?
Perlu ke nak buat tu semua?
Motif misi buat jurang tu?
Apa guna couple kalau nak ada jurang??
Baik tak payah!

Sebab tak percaya kat awek dia sendiri?
tapi percaya kat orang ntah hape-hape dari awek dia sendiri?
camtu?
kalau takat kawan je takpe...
ni yang tak kenal pun nak sapu gak pahal??


)(*&^%$%^&*()_(*&^%$


MODE: BENGANG NAK MATI








Tuesday, July 20, 2010

Don't Judge The Book By Its Cover

Ini adalah fashion lelaki zaman sekarang.

Namanya Cheng Guorong. Bukan artis ok. Busker pun bukan.
Dia cuma seorang begger. Begger yang dah glamour
gara-gara seorang photographer amatur telah
menepekkan gambar beliau di internet.
Dengan tak semena-mena beliau menjadi ikon fashion di Asia.


Heh...
Macam ni pun ada....
Apapun....tahniah laa Brother Sharp~ Kau memang terbaik!
Aku tahu kau tak bersalah.



Ni baju perempuan tau...dia pungut n mix & match kan...Bijak tak bijak??Heh...Kacak kah beliau? Kacak la bagi orang di China, Hongkong & Korea Memang muka beliau ala-ala artis sebelah sana pun..kan??kan??

Lepas ni jangan pulak gadis-gadis di luar sana cepat perasan dan tangkap cintan dengan lelaki stylo macam ni pulak....yea laaa.....gaya memang ada tapi rupanya poket koyak rabak!

Aiyooo~ Kau mahu?`

Hati baik macam mana pun, tapi kalau hidup tak tentu arah macam ni, cepat-cepat la lari jauh-jauh....bagi perempuan yang tahu menilai erti hidup la...macam aku ;)

Heh..

Ade ke perempuan nak hidup susah?

Jangan la terpesona dengan kekacakkan beliau sebab semua itu hanyalah sementara. Apa aku merepek ni aku pun tak tahu....layankan aje laaa.........

Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan disini cumalah:-

Zaman sekarang jangan ingat lelaki yang bergaya, rupa lawa, bijak berbicara itu... orang senang. Silap-silap hutang keliling pinggang. Kau berani?? Eh...aku surrender~

T___T

Monday, July 19, 2010

Berubah


seminggu ni aku memang kurang sihat
sakit tengkuk
korang pernah tak rasa sakit macam dipijak-pijak kat bahu tu??
haaaa....perit giler rasanya...
macam nak mati pun ada...
orang bilang...ada..."sesuatu" di situ...
hishhhhhh......tolong jauhkan!!!
nauzubillah...
tapikan..,kadang kita kena percaya benda halus ni kan kan..
sebab "benda" itu agak seni...
disebabkan sakit ku ini
aku juga terasa diri sudah berubah
pukul 7.00pm dah pengsan tak ingat
pulak tu pukul 1am atau 3am mata automatik celik
perut rasa lapar....

dan terasa ingin pergi tangkap ayam jiran seblah rumah
dan ratah macam tu jer.....

aku sebenarnya....

BENCI DENGAN TRANSFORMASI INI!!



Sunday, July 18, 2010

Its Not Easy

Tengok apa dah jadik dengan belog ABCMilo ni!!?
Dah jadik macam....
errkk...
cacamerba...
adoii...
Kay~
Where are you lalink?~
Ni lah jadinya bila ada
1 Belog
2 Author
yang keduanya tak betol...
ikut sukahati bekerja
dah tak punctual~
hoihhh....
aku membebel sebab aku sayangkan belog ini!!
tapi macam hidup segan mati tak mahu...
kesian kan..?`
ikhlas,
-Catherine-

Friday, July 16, 2010

Attitude

Feel free to read the great positive advice from Liza Low (My HQMarketing Manager) with hope to all of us before she left the company. I would say the right attitude apply to all walk of lives towards positive thinking whenever we face problem. If we concluded negatively and the outcome going to be 100%=0 but if we have the right attitude will positively going to be not O outcome is for sure.

Let's think about it together.
---------------------------------------------------------------------------------
If your company, a comb manufacturer,
assigns you to sell combs to the monks in the temples ?
Can you do it ?
What is your answer ?
a) No Way , Impossible !
b) Crazy !
c) I will give it a try in order to follow my boss'instruction.
d) Well, I will try.
e) Ya, I think I can sell ???
(5pcs ? 10pcs ? 50pcs ? or more...you name it)
Pick an answer above and read below to find out
if you are or are not going
to be a successful person or not at all.
----------------------------------------------------------------------------
The Story: SELLING COMB TO THE MONK
There is one company "manufacturing combs" which intends to expand its business and therefore, the management needs to employ a new Sales Manager.The company ADVERTISED the vacancy in the newspaper. Many people turned up for the interview daily....adding up to almost a hundred interviewees in just few days.The Company now faces the problem in choosing the right candidate for this position. So the Company’s HR manager sets out a task to those who wanted to come for the final interview.
The task: Selling Combs To Monks In Temples
Only 3 applicants are willing to stay on for this Final Interview challenge:-
A, B and C
The HR manager instructed: "Now I want three of you to sell these wooden combs to the monks in the temples. You only have 10 days to do it and report to me."
After 10 days, they reported.
The HR manager asked A: "How many have you sold ?"
A answered: "Only One."
HR manager asked: "How did you manage to sell one ?
A answered: "The monks in the temple scolded me when I showed them the comb but on my way downhill, I met a young monk who bought it to scratch his head due to dandruff.”
The HR manager then asked B: "How many did you sell ?
B replied: "10 pieces. I went to a shrine and noticed that many devotees' hair were in a mess due to strong winds outside the shrine. The monk listened to my advice and bought 10 combs for their devotees as a mark of respect to Buddha."
Then, the HR manager asked C: "What about you ?"
C replied: "1,000 units."The HR manager and the other 2 interviewees were astounded.
HR manager asked: "How did you do that ?"
C replied: "I went to a famous temple. After observing for a few days, I discovered that there were many tourists. I then told the Chief Abbot there. "Sifu, those who come here are very devoted. If you could give them a gift, it will be more elating to them. I told him that I have a bulk of combs here and asked him to put his signature on the combs as a present to these visitors. He was very delighted and immediately ordered 1,000 pieces."
MORAL OF THE STORY:
HARVARD UNIVERSITY did a research:-
1) 85% of success is due to attitude and 15% is capability
2) Attitude is more important than intelligence, specials skills or luck..
In other words, professional knowledge only constitutes for 15% success factor while 85% is due to self-cultivation, public relations and adaptability.
With this story, we learn to "think out of the box" and even with 15% capability, we are confident to solve problems as long as we have the
RIGHT WORKING ATTITUDE, COMMITMENT, DISCIPLINED, DEDICATED and DETERMINED.
Every time when we watch MISSION IMPOSSIBLE, the ending is always POSSIBLE.
DO NOT FIND EXCUSES NOT TO DO THE POSSIBLE BUT INSTEAD, FIND WAYS AND MEANS TO DO THE POSSIBLE. That's the right working attitude !

Friday, July 9, 2010

Tips baik punya---perempuan juga boleh dapat mimpi basah




Salam Jumaat sekelian penduduk bumi~
Malam tadi mimpi indah tak?
Weeee~
Aku tidur tidak ingat
(skema punya tatabahasa ejaan harap maklum)
Senang hati dan sangat santai hari ini
Sebab dapat tidur yang cukup mungkin
Ya...bukan mudah untuk kita dapatkan tidur yang berkualiti
Maksud berkualiti tu dari segi jangka masa otak kamu benar-benar "tidur"
as known as "berehat"
semasa mata kamu tertutup rapat

Orang bilang tidur dalam iman
ecehh....;)


Baiklah. Aku ada tips yang baik punya untuk dapatkan
tidur yang enak.

1) Kalau rasa resah, susah tidur sebab banyak fikir masalah kewangan
atau kekasih yang curang, boleh cuba untuk minum segelas susu penuh krim.
Perut yang penuh dan hangat akan memudahkan mata dan otak kita
ingin cepat-cepat berehat. Lepastu baring dengan tenang.
Pasti akan lena sampai ke pagi. Silap haribulan Subuh pun terlepas...ngeee~


2) Makan roti+butter. Kalau kamu sedang bersedih hati menangis sebab
rindukan si kekasih yang curang, dan susah untuk tidur lena
cuba kunyah roti perlahan-lahan.
Sambil mengenang si kekasih yang curang, sambil kunyah roti,
lama-lamapasti kamu akan letih dan mengantuk.
Bangun pagi pasti kamu lebih ceria
sebab perut sudah cukup kenyang!


3) Untuk yang beragama Islam, disyorkan ambil wudhu, buat solat sunat
tak kisah la solat sunat Hajat ke, Istikharah ke, Tahajjud Cinta ke,
lepas itu baring atas katil. Tutup mata rapat-rapat. Pasti akan cepat lena. Sebab
solat buat hati dan otak lebih tenang.


4) Mandi. Terpulanglah nak mandi sejuk atau mandi panas.
Tapi lebih baik mandi panas.
Air hangat boleh meregangkan urat-urat saraf.
Lepas mandi kita akan rasa lebih tenang dan memudahkan proses untuk tidur.


Hoyeee~ cubak cubak jangan tak cubak!!



err..pastikan tidur tanpa secalit makeup untuk kecantikan kulit

Thursday, July 8, 2010

Koboi Tua (siri 3)

Msg: Catherine, (bukan nama sebenar) esok baru saya
dapat jumpa kamu. Pagi tadi kaki saya terseliuh.

Sender: Tuan haji Taufiq (bukan nama sebenar)
01-july-2010 2.09pm


Tersembur keluar air pearl kacip fatimah poweroot
yang aku minum sebaik membaca message Tuan haji itu.

Memang aku gelak gila-gila.
Terguling-guling atas lantai jer tidak.
Tak tahan beb...

Bhahahahahaa~

Sampaikan manager duduk sebelah aku pun
pelik kot tengok aku ketawa sampai termenangis

Dalam kepala aku sudah pun membayangkan Tuan Haji dengan
perut boroinya jatuh terduduk depan tandas rumahnya.

Bedebukk bontot beliau mencium lantai mozek putih suci itu.

Bhahahahaaa~

Dalam hati berbisik nakal;
"Dah tua tu sedar-sedar lah diri Tuan Haji oii....
kaki terseliuh pun nak mengadu dengan aku apa kes..?"
Bini ko kan ada...bukan tak boleh datang jumpa aku
untuk tengok design tu....aduyaiii

Pelik betul lah client aku seorang ni....

NETHERLAND vs ESPANA -- FINAL WORLDCUP 2010

Weeehuuu...

baru lepas tengok spain vs germany

dan

tilikan sang paul the octopus itu sangat benar yaaa
waaaa....
i love u mr paul the octopus!!!!
spain menang!!
yeaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

walaupunnnn
menang tipis...
tapi dapat ku lihat
keterdesakan pemain-pemain german tadi...
muahahahahahahahahha

kuat ke german???
haaa???
hek elehhh...




final
worldcup 2010

12JULY2010
0230

NETHERLAND vs

ESPANA
saje je kasi spain punya lagi besar............

mari....kita tunggu dan saksikan



yeaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

mr paul...

taknak tilik menilik ke siapa menang final ni?
tapi aku sangat pelik dan taksub sama itu sotong...
ilmu apa dia gunakan???
caya laa lu bro!!!

nak tidurrr....


ryna..
take over...

Sunday, July 4, 2010

Espana Vs Germany

Mana satu pasukan pilihan korang?

Spain
atau

Germany


haaaaaaaaaaaaaaa......


awal pagi tadi tengok game german dan spain...
adooii makkk...
german sangat kuat okkk
mati kutu argentina
haaa...
messi dah messed up der

spain???
adoii...
terkial-kial nak golkan
padahal dengan paraguay....
camane spain nak jumpa german ni haaa????
kalau david villa takde??
haaa...
spain cam harapkan david villa je...
hiiiyeeerrrrr...

sama-sama kita saksikan perlawanan
antara german dengan spain...

mampukah spain menentang german?
adakah german akan mematikan semua kutu-kutu spain?
macam argentina??
hahahaha...
terdiam semua penyokong argentina
sebelum game...
bising jeee
argentina akan benamkan german laa
nak kasi can bagi satu gol kat german laa
haaa.....hambek ko argentina
4-0 kena...
kasi hangkat JAMBAN EMAS KORANG TU

*aku ni sokong mana ni?
-spain der...david villa terbaik... tapi wa cuak tu der dengan german ala ala kuat tu-


Saturday, July 3, 2010

Oh-My-Bra!!


Serius aku tak boleh terima kenyataan yang memalukan ini!
Aib sungguh!!
Sungguh mengaibkan!!
Waaaa~~~~
Mana aku nak letak muka aku ni??!!`
Yer yer aku cakap Brazil akan menang!
Boleh pulak kalah dengan Belanda

OMG!!
OhMyBrazil~!!


T___T

Kemaluan ayam betul laaa....
Tak suka!! Tak suka!!


Tengok bola tu...tengok... tengok...bola tu untuk di tengok bukan di tendang yer..


Friday, July 2, 2010

Koboi Tua (siri 2)


aku tengah syok memandu menuju
ke lokasi penggamabran tapak pembinaan
Beep beep telefon bimbit cap kuda ku berbunyi
terasa benda bergetar di celah paha
mata tertancap terus ke skrin

1 message received

cepat jer jari telunjuk ni tekan punat open

Msg: Apa khabar pagi ni? Sihat tak? Dah sampai office?
hj. nak tanya, design tu dah siap?
hj. balik nanti nak jumpa.....
kamu...

Sender: Tuan haji Taufiq (bukan nama sebenar)
25-june-2010 8.48am


Danggg!! Rasa macam kepala kena hempap lif
Message dari Tuan Haji menyedarkan aku dari khayalan mimpi basah malam tadi.
ceittt...potong stim betul!

hj. balik nanti nak jumpa.....
kamu...

okeyy...kenapa perlu banyak dotdotdot...
otak aku dah mula fikir yang bukan-bukan
aku rasa "sesuatu"
Something betul laaa Tuan Haji ni...isk isk...

Satu apa pun aku tak buat lagi dengan pelan tu...mati aku!!
Pedal break ditekan dari 80 ke 20km/j
muka serius sambil jeling vios sebelah kiri
mamat vios ni macam pernah ku lihat...tapi dimana yaa?`

hurmm...

Thursday, July 1, 2010

Koboi Tua (siri 1)



Msg: Apa khabar pagi ini? Sihat tak? Dah sarapan?

Sender: Tuan Haji Taufiq (bukan nama sebenar)
Sent: 23-june-2010, 9.39am

Masa ni aku dah setengah jam sampai office.
Tengah pegang cawan milo nak buat nescafe.
Tiba-tiba aku rasa stim sebab message tu.
Dada berdebar-debar rasa macam touching gila ayat tu.
Dah lama orang tak sms aku pagi-pagi tanya soalan macam tu.
Serius,....rasa macam dahi baru lepas dikucup lembut.
ahh...
Cawan milo aku isikan gula+creamer+nescafe sekucup rasa
bancuh dengan air panas
Keluarkan biskut gaben dari laci
Shhrruuppp...krup krap krup krapp...
sambil tersengih sorang-sorang depan pc.

;) heh~

Ka-Chiingg