Kaa-chiingg

Wednesday, September 29, 2010

Zebra The White Lion (Zebra Ink Hitam Dah Habis~)

Tengah saya mencari data untuk singa dengan zebra di Afrika..
 saya terjumpa sesuatu...





ni namanya ZEBRA INK HITAM HABIS waktu nak print...
tak pun...zebra fotostat..
hehehe...
agak pelik laaa werne cik zebra ini...
mata pun putih...
ni baru nama berputih mata.....

apa-apa  pun ini zebra bukan calang-calang zebra
zebra ni zebra albino...
al-fatihah.....


Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya


Bersyukurlah kerana kita masih dapat meraikan Syawal dengan aman dan damai.
Makan berpada-pada.
Ingatlah mereka yang susah di negara sana...
sana mana?? sana yang sedang di landa musibah tu laa...
jadi,

B E R S Y U K U R

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger 
Ampun Maaf Batin

Zahir ku zahir mu tak tersentuh lagi...makanya...batin aja disebut...

ikhlas dari;

Monday, September 6, 2010

Syurga Cinta

aaaaa~
aku layan gila cerita jam 6.30pm setiap Isnin-Khamis di TV3 ni...

Syurga Cinta

yang buat best cerita ni sebab ada budak mia comel gebu ni jer...


dan lagunya yang best di layan sambil emo ;p~

Tersepit di antara dua cinta
Kau memberikan ku satu harapan
Kini kau menghancurkan segalanya
Dia antara kita

Ku merelakan semua yang berlaku
Kau mencintai dan menyakitiku
Kini ku redha dengan segalanya
Tuhan yang menentu

Ya Tuhanku
Teguhkan rasa cinta padamu
Ya Tuhanku
Pinjamkan aku kekuatan darimu

Ku Memohon Padamu
(Fida-Gadis Pantene @Cousin Siti Nurhaliza)

no wonder la suara ada iras-iras Siti...dah watak Fida dalam cerita ni pun Siti...layann seyy...

Layan la lirik lagu ni jer....tiada vedio...nak tengok vedio or mp3 pergi download sendiri ;p~




Saturday, September 4, 2010

Basic Painting Tips

Tips ini ditaja oleh Colourland, satu-satunya cat buatan Malaysia
(promote promote promote!! I choose Malaysia product)
cehh....mana ada penaja...ini tips aku punya sendiri laa...
kalau nak ikut...ikut jerr...ada yang tak betul, pandai-pandai kau la betulkan ;)

1) sediakan alat-alat yang betul untuk mengecat
contoh: berus laaa....berus pun ada banyak jenis,
ada besar,ada kecik,ada roda...hikss...
2) bersihkan dinding yang hendak di cat :- habuk,sarang labah-labah,sarang tebuan,sarang semut dan telur cicak!
3) kosongkan ruang/alihkan barang :- kerusi, sofa, coffee table, peti televisyen semua, set piano (ehh)...alihkan la..jangan buat jadi tempat berpijak sudahh....kalau patah aku tak bertanggungjawab!
4) mulakan dengan....bismillahh laaa....haiihsss...tu pun aku kena ingatkan jugak...mulakan dengan menampal segala lubang-lubang yang ada....kalau dinding simen,tampal dengan silicon. boleh beli di kedai hardware. kedai cat tak ada jual. kalau ada cat lama yang dah terkupas,..kikis kan la bekas cat terkupas tu...ratakan. kalau ada permukaan yang kasar...gosokla guna sandpaper. sandpaper pun ada banyak gred. boleh pilih ikut tahap kekasaran permukaan.
5) soket, suis lampu, birai tingkap tampalkan dengan masking tape. supaya tak terkena cat nanti..
6) cover la lantai dengan surat khabar.

ok...kerja2 mengecat sudah bermula. nak pakai apron dan penutup kepala pun boleh...tapi aku tak perlukan semua tu...cuma berbekalkan semangat jitu!! heh heh...aku mengecat pakai short & sleeveless jer... ;)

Nak mengecat haruslah ikut urutan yerr...

Siling
|
Dinding
|
Pintu dan tingkap
|
Lantai

Kan senang......ikut la kreativiti korang nak pilih cat macam mana untuk ruang yang mahu di cat. Tu pun aku kena ajarkan korang jugak ker? Boleh...next entry ok....

Aku nak pegi shopping ni....waaaa....raya dah nak dekat...!!

Friday, September 3, 2010

selamat berkemas!

Alamak...!!
rupanya sejak berpuasa ni...
belog ni pun berpuasa jugak yaa...
ampunnn deh...
bz..bz....guwe bz yang amat...
urus rumah yang sekangkang kera ni...
alahh...rumah lama....tapii..haruslah di jaga...
jangan mentang-mentang rumah buruk...
dibiar terus kayu tu mereput buruk...
kesian tuan rumah...
i mean...
orang tua di rumah
dan kesian kau laa jugakk...
yang duduk,tidur,makan,mandi menetap dirumah tu...!!

aku sibuk mengecat dinding rumah
dalam rumah..bukan dinding luar..
kalau dinding luar konfem la aku upah orang jer...
tak kuasa aku nak panjat rumah berpuaka bungalow kayu tiang tinggi ni...

camnilah rumah aku....tapi versi moden laaa.... boleh imagine tak??


esok2 aku bagi tips mengecat rumah...
hari ni intro jer... 

Ka-Chiingg