Kaa-chiingg

Saturday, April 24, 2010

20th Anniversary of Hubble Telescope Launched by NASA





Hari ini google menepekkan gambar yang sangat menarik perhatian saya sekali lagi....saya dah tak terkelip-kelip mata macam dua hari lepas...ngeee...sebab saya dah dapat agak mesti ade sesuatu yang menarik tentang hari ini. Owhh, rupa-rupanya pasal Hari Pelancaran Teleskop Luar Angkasa Hubble (HST). Sudah 20 tahun beliau berkhidmat untuk Bumi. Nak tahu apekah yang telah saya temui hasil jurus Sailorvenus saya??? ececeehh...macam hebat sangat...ahaa sila baca sampai habis entry ini okehh....Jika tidak berminat, sila kelik DISINI ehe ehe ;)


Menurut Wikipedia siri ensiklopedia bebas, Teleskop Angkasa Hubble (HST) adalah sebuah teleskop mengelilingi Bumi, dinamakan selepas ahli astronomi Edwin Hubble pada penemuannya pada galaksi di luar Bima Sakti dan ciptaan Peraturan Hubblenya, yang mengira kadar angkasa berkembang. Kedudukannya di luar atmosfera Bumi membenarkannya untuk mengambil gambar optikal tajam pada objek yang sangat malap, dan semenjak pelancarannya pada 1990, beliau menjadi salah satu alat terpenting dalam sejarah astronomi. Beliau telah menjadi bertanggungjawab pada banyak cerapan dan telah menolong ahli astronomi mencapai kefahaman lebih baik pada banyak masalah asas dalam astrofizik. Ultra Deep Field Hubble (paling sensitif) adalah gambar optikal astronomi yang terdalam yang diambilkan.Dari konsep asalnya pada 1946 sehingga pelancarannya, projek membina sebuah teleskop angkasa telah dibeset oleh penangguhan dan masalah kewangan. Selanjutnya selepas pelancarannya, beliau mendapati bahawa cermin utama mengalami aberasi bersfera. Walau bagaimanapun, selepas misi perkhidmatan pada 1993, teleskop telah diperbaikikan ke rancangan berkualiti dan menjadi alat kajian penting dan juga sebuah boon perhubungan awam untuk astronomi. HST adalah sebahagian siri Pencerapan Awam, dengan Balai Cerap Compton Gamma, Balai Cerap Chandra X-ray, dan Teleskop Angkasa Spitzer.


(okeh..saya sudah mula pening. Membacanya diulang 5X baru faham sedikit...ehe ehe..apekah "dibeset" saya masih buntu. Kena buka kamus pasnih! hoiiihhhlaaa....)


Ini dia rupabentuk Encik Hubble ini



Ini pulak hasil kerja beliau yang telah banyak memberi sumbangan kepada penduduk Bumi



Khabarnya lagi Teleskop Angkasa James Webb (JWST) bakal menggantikan Teleskop Angkasa Hubble (HST) selewat-lewatnya Jun 2014.

Inilah rupa beliau

Untuk Encik Hubble, jasamu dikenang. Selamat ulangtahun yang ke-20 tahun yer... ;)

No comments:

Ka-Chiingg