Kaa-chiingg

Monday, April 26, 2010

Hidungnya Berdarah

saya sedih..
kucing kuning saya kena belasah dengan kucing gangster tu
kuning gak dia
mesti dia jeles sebab kuning aku lagi cumel dari kau!!

aku dengar mereka gaduh jam 5am
aku tak terfikir punya besar rupa pergaduhan ini
sampai pukul 7am dok gaduh
SADIN....
ko kacau bini die ke????
adoii...
pagi tadi aku pergi belakang rumah...
si kuning aku ni dah berdarah teruk kat hidung dengan dahinya
bontot dia pun cedera...hehehe
aku taktau nak buat apa
bukan berdarah sikit
berlambak-lambak darah kat atas lantai
mata dia tertutup jaa
muka dah bengkak
*agaknya laa..sebab tembam semacam je muke die

aku pun carik minyak gamat...dan cotton bud..
beriya-iya aku carik...nak sapu kat hidung dan dahi dia
baru nak sapu...dia marah haku..cetttt....
dia lari...
sembunyi di sebalik pokok pandan belakang rumah aku



nampak tak hidungnya da bengkak..
dahi tu ada kesan cakaran ganas
bontot dia tak dapat nak captured...
wahh captured...
masa dia buka mata tengok aku..
aku nampak air mata dia berlinangan...
dia nangis...sakit ke sayang??
waaaa....
dia tak mahu diganggu.....
dia langsung tak buka mata lagi da lepas tu
pejam dan pejam dan pejam...


aku tak senang duduk tengok dia camtu jaaa
dari awal pagi sampai malam
hujan ke petir ke..
dia cool chillex je bawah pokok tu...
aku taknak dia mati
dia tak makan tak minum...
camtu je muka sadin..dari pagi sampai malam..

aku bancuh susu letak paracetamol
sebab aku fikir...
mesti dia sakit sakit badan lepas bergaduh kan?
tapi....
dia langsung tak hiraukan keprihatinan aku
waaaa....SADIN...nape kau sakit...makan laa ubat...muke ko bengkak da..


wahai kucing kuning gangster lagi kejam tu
apa SADIN da buat kat ko haa??
mak aku siap nak report polis tauuu...
ko kejam buat sadin jadi camtu!!!!




3 comments:

Anonymous said...

hahhah!
pdn muke kuning

Anonymous said...

siannya dia dok bwh pokok tu jer ;(

ke die kicik hati dgn ko?
hahahhah

Khairun Nisa Jalani said...

cian die.. aduhai2.. nisa da la takut ng kucing.. rasa hiba la plak bler jd mcm ni..

Ka-Chiingg