Hari ini hari Jumaat. Lelaki akan menunaikan Solat Jumaat. Yang perempuan pula secara automatikanya akan berbaju kurung setiap hari Jumaat. Tidak kiralah student, lecturer, kakitangan kerajaan mahupun swasta. Hari Jumaat yang indah. Hari Jumaat yang mulia. Malam tadi ada baca surah Yasin tak?? heh heh..... ;) Tak buat pun tak ape....tidak berdosa. Tapi kalau buat, ada la pahala. Dan banyak kelebihannya. Seperti biasa saya ingin berkongsi sesuatu yang rasanya agak menarik juga.
Saya tertarik dengan firman Allah SWT. yang bermaksud:
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan… Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.
sumber: yahoo email
***saya sudah lama tidak menerima sms Tazkirah Jumaat dari seseorang --hepp!! saya tunggu....sentiasa tunggu...
No comments:
Post a Comment