Kaa-chiingg

Thursday, April 22, 2010

Hari ini Hari Bumi aka Earth Day






Terkelip-kelip-terkelip-kelip mata saya sekejap memandang tetingkap google hari ini. Dalam hati ehh...cantiknye lukisan ini dan tetibe teringatkan lukisan seseorang ehe ehe.... ;) ade burung-burungan ade akar-akaran ehe ehe.....**tetibe masa taip ni terasa ade kupu-kupu cantik sedang beterbangan di udara

Dengan tidak sengaja saya meluncurkan anak panah tetikus terus ke lukisan itu...sebab nak tahu ngape google menepekkan lukisan cantik di situ. Dan terteralah perkataan "earth day". Eh yer ker?? Saya tak tahu. Jadik sebab nak tahu sangat apekah itu earth day saya pun apalagiii, terus buka jurus Sailorvenus:::dengan kuasa google akan membunuhmu!!! apa saja info boleh dapat!!!


Nahh....ini hasil jurus Sailorvenus saya. Sila baca dengan bersungguh-sungguh yer...


Apakah itu Hari Bumi?


Hari Bumi merupakan nama bagi dua sambutan yang berbeza, kedua-duanya diadakan setiap tahun ketika musim bunga di hemisfera utara, dan musim luruh di hemisfera selatan. Hari ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga meraikan Hari Bumi, yang dimulakan oleh John McConnell pada 1969, setiap tahun ketika ekuinoks, iaitu pencerapan global yang diasaskan oleh Gaylord Nelson sebagai pengajar alam sekitar, dan sejak Januari 1970, ia juga dikenali sebagai Hari Bumi, yang diraikan di kebanyakan negara setiap tahun pada 22 April.

Sejarah Hari Bumi



Pada September 1969, dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar. Senator Nelson pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Katanya, "Ia satu pertaruhan, tetapi ia berjaya." Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.
Lima bulan sebelum Hari Bumi 22 April yang pertama, pada Ahad, 30 November 1969, The New York Times mengeluarkan rencana yang panjang oleh Gladwin Hill yang melaporkan peningkatan aktiviti mempertahankan alam sekitar. Perjuangan Gaylord Nelson bermula sekitar lebih dari 7 tahun sebelum Hari Bumi pertama diraikan.
Setiap tahun, Hari Bumi 22 April menandakan ulang tahun kelahiran bagi gerakan alam sekitar moden pada 1970. Pada tahun 1990, peringatan Hari Bumi mulai berkembang secara global. Sekitar 200 juta orang dari 141 negara di dunia tergerak untuk mengangkat isu Bumi dalam skala global.


terima kasih encik google


Nah, sekarang baru tahu. Agak-agak lepas ni ape lagi hari yang saya tak tahu google akan tepekkan gambar tersirat di muka hadapan webnye yer?? Sebelum ni kalau tak silap saya pernah tertengok perkataan google yang pelik sikit dari hari-hari biasa. Ni dia gambar tu..

Haaa... korang tahu tak apekah maksud tersirat di sebalik perkataan google yang agak keMatematikkan nih?? Macam pelik jer kan... perasan tak ade bentuk macam sperma di situ?? ;) ehe ehe.... Maaflah yer sebab saya agak sensitif sikit tengok benda bulat berekor tuu.... ehhhh saya tak pernah tengok lagi depan mata laa...cuma dari buku-buku sains masa blajar dulu...hahahahaaa....asal bolehh...dan juga dari dokumentari siri penjelajahan sperma menjadi dewasa =) korang tak pernah tengok ker?? kalau tak pernah dan nak tengok sangat pergilah google sendiri sebab saya tak rajin sekarang ini hahahahaaa....!!

Okeh okeh...cukup di situ. Maksud tersirat dari gambar di atas bermakna Pi Day. Hahh...nak tahu apekah Pi Day sila kelik DI SINI

Okeyyyy itu ajer....saya sangat tensi dengan belog hari ini!!! nak buat 1 entry pun payah nak mampos!! rasa nak sepak laju-laju!! isk isk...

No comments:

Ka-Chiingg