Kaa-chiingg

Monday, April 12, 2010

Nasihat Untuk Wanita Part 4

layan lagi entry ini....

baca tau!!!
please......................
baca..........................................
saya sayang kamu semua.........................
baca laaaa..............................
please........................
baca tau!!!

22) Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya
pada hari perkahwinan anaknya itu
"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan
Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali
Itulah suami mu
Jadilah engkau tanah bagi suami mu
(taat perintahnya)
dan ia akan menjadi langit bagimu
(tempat bernaung)
Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya
Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu

Kalau dia mendekatimu, dekatilah dia
Jika dia menjauhi mu
maka jauhilah dia dengan baik


Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya
pendengarannya
matanya
dan lain-lain

jangan benarkan suami buat plastic surgery atau lipo kat perut buncitnya itu

Janganlah pula dia mendengar melainkan yang enak
dan
janganlah dia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu

23) Pesanan Luqman kepada anaknya
"Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:-

a) Apabila engkau sedang solat kepada Allah s.w.t. maka jagalah baik-baik fikiranmu

b) Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandanganmu
*selalu dok sibuk uma orang pakai perabot ape...langsir warna ape...

c) Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu

d) Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu
*jaga perangai tu maksudnya jangan pelahap sangat ke? saya la tu..pantang nampak makanan

e) Ingat kepada Allah s.w.t.

f) Lupakan budi baikmu pada orang lain

g) Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu

h) Ingat kepada mati

24) Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut dalam kitab Muhimmah:

a) Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya

b) Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami berada di rumah atau tidak

c) Keluar rumah kerana ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu fardhu Ain jika suaminy tidak mampu mengajar

d) Enggan berpindah bersama suaminya

e) Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk

f) Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami


2 comments:

nich said...

huhu da baca da... nak jadi isteri solehah jugak... isteri yg dpt membahagiakan suaminyer.. chewahh.. hihihihi

Kay- said...

ha`a kay,....jangan kuat membebel.adoii....aku?? erm...ade sket2 laa...hahahaaa...

Ka-Chiingg