Kaa-chiingg

Thursday, April 22, 2010

Majlis kahwin guna sidang video



Sayang..., walaupun kita jauh, tiada alasan untuk kita tak jadi kahwin taukkk!!!


SAN FRANCISCO: Letusan gunung berapi yang melumpuhkan perjalanan udara di hampir kebanyakan negara Eropah sejak enam hari lalu menyebabkan ramai beralih menggunakan panggilan video dalam menjalankan urusan dari perniagaan hingga ke perkahwinan.

“Kita lihat peningkatan sejak beberapa hari lalu membabitkan panggilan video disebabkan situasi berkenaan,” kata seorang jurucakap Skype kepada AFP.

Laporan daripada syarikat telefon internet termasuk satu pasangan terkandas di Dubai dalam perjalanan ke Britain mengadakan majlis perkahwinan di sebuah lobi hotel menggunakan video Skype untuk dihubungkan dengan tetamu mereka di London. Cisco berkata, bahawa terjejasnya penerbangan di Eropah berikutan debu hasil letusan gunung berapi di Iceland menimbulkan minat terhadap teknologi sidang video untuk mengadakan sidang secara online.

“Kami menyaksikan penggunaan besar,” kata Fredrik Halvorsen, Naib Presiden Kumpulan teknologi Cisco. – AFP

kredit to bharian.com.my

**** Saya banyak kerja. Agak sibuk kebelakangan ini....rindu sama belog ini jugee....

Moral: Tiada alasan untuk tidak nyiapkan kerja!!! okehhh...sila siapkan segala kerja kamu yang tertangguh cik Ryna oiii....!!!

teknologi tidak membataskan jarak untuk bekerjasama ye tuan-tuan sekelian...

yerr....walaupun saya di tengah hutan tapi saya masih mampu membayar hutang Ninja King saya
contohilah saya....HIDUP TANPA HUTANG!! ecehh...



2 comments:

Hasrol Nizam said...

owh..
senang la kawen lepas ni..
buat kat rumah, lepas tu panggil kawan tgk ramai2 kat YM jek..
takyah pening2 duit makan..haha

abcmilo said...

hahahaa... taw xpe....;) awk kalau kawen jgn lupe gtaw kite yerr......

Ka-Chiingg