Kaa-chiingg

Friday, April 30, 2010

Amalan Sepanjang Hayat (1)


Salam Jumaat rakan blogger sekalian. Asal hari Jumaat sahaja automatik saya jadi agak baik sopan gituu...haa..bangun pagi terus jadi rajin buatkan sarapan untuk beliau ( i mean my lovely handsome dad). Kalau hari-hari lain...ehh...sangat berat bontot badan ini....tapi tetap gagah jugak laa....tapi perasaan selalunya memang tak sama dengan HARI JUMAAT. Ngape?? Jawapan memang tak tahu. Selalu memang saya rasa macam tu....hmmm.....

Esok 1 Mei 2010 cuti umum sempena Labour Day. Hari ini adalah hari terakhir dalam bulan April. Dalam sebulan ini macam-macam hal berlaku. Suka, duka, tangis, tawa, gembira, sedih, kecewa,...Bukan saya yang lalui semua itu...tapi orang di sekeliling saya. Saya pulak??? Alhamdulillah....saya semakin tenang melalui hari-hari tua saya. Nak kata ada kecewa, sikit laa....marah-marah pun ada (owhh pasal TELEKOM yang betul-betul saya hangen bulan ini)...happy yang sangat riang lagii laaa ada sepanjang bulan April ini. Sangat seronok dengan kerja sebab semakin bertimbun-timbun hahaha padan muka!! Hmm...rasanya kita kena buat summary setiap bulan. Apakah pencapaian yang telah dibuat...barulah terasa "Hidup lebih sedap". Kan kan kann....;) Dalam pada itu, kena juga muhasabahkan diri....haruslah sentiasa muhasabah...Kena lagi saya duduk di Sabah...hahaha...

Okeh...mulai hari ini Insyallah dan seterusnya setiap Jumaat saya akan kongsikan sedikit ilmu agama (bunyi agak Islamic gitu...ehe ehe). Walaupun saya bukan ustazah tapi saya nak jugak konon-konon jadik ustazah untuk sehari dalam seminggu...ehehehe....Sama-sama kita leh amalkannya ya....

Okeh...ayat di bawah ni selalu dibaca dalam solat. I mean selepas bagi salam tu...kita istighfar banyak-banyak...nak buat witir kan...baca ayat ni (maaf tak dapat nak buat tulisan jawi dalam ni)

Allaahumma ajirnaa minan naar

Ertinya: "Ya Allah, ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari azab neraka."


Penjelasan: Siapa mengucapkan kalimah itu di waktu apa saja, maka Neraka akan berkata pula: "Ya Allah! lepaskanlah dia dari api Neraka."


Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam perlindunganNya. Amin.

3 comments:

md nasir said...

boleh diamalkan..
mekasih sharing info

p/s:Salam Ukhwah
Jika anda berminat utk membeli buku karangan Ustaz Hj Zahazan @ Telaga Biru Sdn Bhd,anda boleh dapatkannya secara online di sini.Buku akan dihantar terus kepada anda.InsyaAllah..

www.stormreaders.net/mNasir (Daftar sbg ahli secara PERCUMA)

Daripada Sa'ad Bin Abu Waqas r.a,Nabi s.a.w... bersabda :
"Kelebihan ilmu itu lebih aku sukai dari kelebihan ibadat.Kebaikan dalam agama kamu adalah warak"
Riwayat al-Hakim

Berd said...

wah.

ni memang islamic.

ekekeke

tak boleh la aku buat dajal kat sini.

<>___<>


bhahahahah!


wooohhooo!

Kay- said...

aper la encik berd nihhh...isk iskk...apsal x buleh nk anta komen tpt ko ek????

Ka-Chiingg