Logo memang ada kelass!
sumber:hmetro online
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini beralih tumpuan menjadi ahli perniagaan apabila melancarkan rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit jenama sendiri, SimplySiti.Produk yang di formula menggunakan kepakaran teknologi nano dan diproses di Korea khusus untuk keperluan wanita tempatan itu turut diiktiraf halal serta selamat digunakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Siti Nurhaliza berkata, pelaburan besar dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa.
Katanya, bagi produk kosmetik pula mengetengahkan mainan warna yang menarik, sesuai untuk semua golongan yang mahu kelihatan cantik dengan setiap satu daripadanya dinamakan sempena tajuk lagu popularnya.
“Semua produk SimplySiti akan dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco, selain April ini bakal menyaksikan SimplySiti tampil dalam bentuk kiosk dengan pembukaan pertama di JB Sentral, Johor Bahru.
“Produk ini juga diharap mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim.
“Produk ini dijamin mampu memenuhi keperluan wanita selaras hasrat Siti mahu berkongsi rahsia kecantikan dengan semua orang terutama peminat,” katanya.

Okeh okehh.....cukup disitu...saya sangat cemburu teruja sekali!! Oh Siti, saya nak sangat jadik seperti kamu! Ngaaangaa....:o
Ada yang tak suka Siti ke? Eh, kalau tak suka boleh kelik ke entry yang lain-lain okey...
Siti, kejayaan kamu membuatkan saya teruja untuk berkahwin dengan Datuk bekerja bersungguh-sungguh dan menjadi kaya seperti kamu! Walaupun kamu cuma lulusan SPM dan tak setaraf langsung dengan saya yang ada PHD perasaan hasad dengki terhadap kamu! hahaha! tapi kebolehan dan kejayaan kamu telah membuktikan bahawa siapapun boleh jadi jutawan!!
--tetibe ade iklan power root.
--tetibe ade iklan power root.
Yang penting mesti bijak mengatur hidup. Kamu kategori orang yang bijak itu, Siti. Bertuah sungguh jadi Siti! Ada degree belum tentu boleh dapat income juta-juta. Ohh...jangan berangan...sebab
TANPA USAHA MIMPI TIDAK AKAN BERMAKNA. TANPA KEBERANIAN IMPIAN TAKKAN MENJADI KENYATAAN.
Yerr...Siti ada semua ciri-ciri itu. Kamu yang benci tak suka Siti jangan dengki okey... ;)
She deserved it!
3 comments:
siti dan tudungnya
haha..semakin berjambul di depan
bakal businesswoman berjaya.. Tapi tang slogan "it used to be my secret" tu macam tak sesuai la pulak sebab dia bukannya buat ramuan rahsia mekap sendiri sebelum ni. Dia pakai gak produk lain kan??
Post a Comment