sambungan dari entry saya yang lepas
11) Hendaklah isteri berpuas hati (REDHA) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah
samada miskin atau kaya
12) Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan terpaksa dan
dia juga TIDAK BERHAK melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya
13) Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi DITOLAK
hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam LAKNAT oleh malaikat ke pagi
14) Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,
dia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah
laknat malaikat juga laknat manusia sekalian
15) Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,
maka akan Aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan
dan memuliakan hak-hak suami mereka
*sambil sujud...sayang..nak handbag sebijik...
16) Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada HARI KIAMAT nanti
Allah jadikan lidahnya SEPANJANG 70 HASTA kemudian diikat ke belakang tengkoknya
17) "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.
Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah WANITA."
Rasulallah s.a.w. ditanya, "Mengapa demikian Ya Rasulallah'
Jawab Rasulallah s.a.w.
"WANITA mengKUFURKAN suaminya dan mengkufurkan ehsannya.
Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup
18) "Kebanyakkan ahli NERAKA adalah terdiri dari KAUM WANITA."
Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka,
"Mengapa terjadi demikian, adakah mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"
Jawab Rasulallah s.a.w.
"Tidak. Mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya,
sesungguhnya setiap seorang kamu adalah nikmat suaminya"
19) Keadaan WANITA 10 KALI GANDA seorang LELAKI di DALAM NERAKA
dan 2 KALI GANDA seorang LELAKI didalam SYURGA
saya rasa, untuk menjadi seorang wanita itu bukan mudah asalkan kita taat pada suami dan Allah
kalau ingkar salah satu...maka nahaslah..
sebab semuanya menjaga hati si suami
huh...ada lagi sambungan
Part 3...
mak saya selalu cakap...'baru mama tau kenape perempuan lebih ramai di neraka...'
sebab sekarang..ikut logik laa
kebanyakkan wanita mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari lelaki
jadi dia jadi sombong di situ
tu satu..yg lagi satu
ada wanita berpangkat lebih tinggi dari suaminya
jadi dia sombong di situ...
kadang-kadang si isteri senang-senang nak marah suaminya
(ni realiti...pernah nampak depan mata saya okk)
si suami turut jaa kata isteri
macam-macam lah
ada siapa-siapa tak puas hati..bagitahu lah..
saya nak sangat tau kenapa wanita jadi macam ni sekarang
(padahal aku pun perempuan...)
bukan apa...nak kahwin dah ni..
taknak terlupa terlepas laku..
nanti lidah kena ikat kebelakang......takut....