Kaa-chiingg

Tuesday, March 30, 2010

Tips Langsing Gebu Cara Sihat Seperti Saya :)


Tajuk entry itu buat anda akan sebut "Ceh"... Ceh perasan sungguh saya hahaha....
ahh...biarkan perasaan itu membunga disitu sebab saya sedang bersenang hati untuk berkongsikan berita baik ini ;) ngaangaaangaaa.....

Kawan-kawan perempuan ku sekelian, anda mengalami masalah perot buncit? berat badan berlebihan? tidak dapat menahan nafsu makan? (macam iklan dalam TV pulak)


Atau boyfriend atau tunang atau suami anda pernah berkata "AWAK TU GEMOK, LEMAK SANA SINI" Sungguh mengecikkan hati bila orang yang tersayang berkata sedemikian.


Okehh okehh... anda kelik ke entry ini sebab melihat tajuknya seperti penulis sudah berjaya mendapatkan bentuk badan idaman tanpa risiko sebab ada tulis perkataan sihat disitu..hahaha...betul kan betul kan?? Saya tahu...semua perempuan inginkan bentuk badan yang cantik dengan cara yang sihat. Tak berani menanggung risiko dengan mengambil pil-pil yang memudaratkan. Untuk pengetahuan, saya menjadi langsing gebu juga sebab pengambilan pil. Ehh... jangan la panik. Saya ambil pil yang Insyallah tidak memudaratkan... Saya sudah mengambilnya selama tiga bulan satu minggu dan yaa....saya boleh katakan disini ianya selamat. Benar-benar selamat!!


Saya mengambil produk YUSMIRA Kapsul Pati Halia + Losyen Pati Halia
tentulah produk buatan Malaysia ;)


Kapsul pati halia dirumus daripada pati halia berkualiti tinggi dan kombinasi herba tempatan yang terbukti amat berkesan dalam pengurangan berat badan di samping membuang lemak berlebihan secara semulajadi dan tanpa kesan sampingan agar badan kelihatan langsing, cantik dan menawan. Tapi disini saya syorkan jangan ambil pil ini semasa haid. Kenapa?? Semasa ambil pil ni...perut akan rasa nak membuang aje.....Takdelah sakit perut memulas-mulas macam termakan julap tu...takde takde....cuma memang kadar pembuangan sisa-sisa tu melebihi dari kadar biasa. Sebab tu saya tak syorkan mengambilnya semasa haid. Sangat tak selesa ok!! huk huk...


Losyen pati halia pula amat berkesan untuk melangsingkan badan kerana ianya dapat membakar lemak dengan berkesan tanpa memberikan kerosakan pada kulit malah dapat menghaluskan tekstur kulit. Ianya amat sesuai untuk ibu lepas bersalin terutamanya bagi menanggalkan selulit dan mengempiskan perut. Losyen ini juga dapat melegakan senggugut. *Tapi sama sekali tidak dapat menghilangkan PMS okey....hahaha. Selain itu juga ianya baik untuk kegunaan seisi keluarga. Tapi bukan untuk baby- ianya sangat panas tak sesuai untuk kulit baby.


Dan sudah tentu produk yang saya ambil ini adalah HALAL


Pengesahan halal produk pati halia tidak perlu dipertikaikan. Produk pati halia yang dikeluarkan oleh Yusmira adalah menepati piawaian syariah dan disahkan halal. Ianya disokong dan disahkan halal serta dipantau oleh Jabatan Agama Islam Kelantan yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim)


Okey...produk ini memang berkesan la....tapi bukan secepat yang anda sangkakan. Ikut kadar metabolisme badan seseorang. Setiap orang kadar metabolismenya berbeza-beza. Jadi, apa yang saya amalkan ialah ambil pil ini 2 biji setiap pagi sebelum sarapan dan 2 biji lagi malam sebelum masuk tidur. Selepas mandi pula saya sapu losyen pada bahagian-bahagian yang ingin dipecahkan lelemaknya. *tetibe trasa malu di situ...ahh...muka rasa hangat semacam ;)

Pastu berjogging seminggu sekali aje--sekali aje sebab saya orang yang sibuk dan tak rajin bersenam hahaha... Kalau anda rajin buatlah senaman yang boleh membakar lemak dengan lebih kerap. Maybe kesan pun lebih cepat. Pastu paling penting jaga pemakanan. Makan ikut waktu. Bukan makan ikut nafsu okeyyy!!


Jadikan pengambilan pil dan losyen ini sebagai amalan selama 3-4 bulan. Insyallah... selepas tempoh itu korang akan dapat puji-pujian seperti "Wah, sexynye kamu!!" atau "Kamu dah nampak kurus laa...apekah rahsianye??" atau "Eh...baju kamu nampak longgar sangat lah" atau "Abang tengok ayang sekarang dah semakin berpinggang" ----ahh... itu cuma ayat rekayasa jer...

sebelum & selepas


Okey okeyy....saya sudah malu!!! huuwaaa ;)

*** Produk YUSMIRA TIDAK SAMA SEKALI MENGUBAH WARNA KULIT ANDA SILA JANGAN TERTIPU DENGAN RESOLUSI GAMBAR DI ATAS SEKIAN.

11 comments:

Unknown said...

mo try juga la mcm ni..
dulu prnh bli..

tp x guna sebaiknya....
hihi

Zikri Husaini said...

kalau nak tambah berat badan>>??

Kay- said...

a d r e y n i e e l i s y a : try jangan tak try hahaha =) suke~

Zikr the Jalanan Sepi Perantau : errr...ade...nanti sy buat entry itu ok! ;) terima kaseh atas permintaan.

Sha-na.Szied said...

hye kak abcmilo

siyes ker boleh turun nih??
macam mane ngn pengambilan nasi??

sy nak beli lah kalo macam ni.. pastu nak senam kuat-kuat!! doakan saye dapat kurus (:

tgk gambar saya kat sini

Kay- said...

naela: belum cuba belum tau! ;)

Anonymous said...

Sy pun dulu penah beli pil tu.. Tp malas nk makan. Haha.. Tak tau pulak berkesan. Nk beli lg lah pasni...sbb x mahal kan.. :)

Anonymous said...

menyusu bdn bley mkn x

Anonymous said...

Gedik

Unknown said...

Sis..pil ape yg sis mkn boleh trun bdan tu?

Noah said...

Thanks ffor writing

Noah said...

Good reading

Ka-Chiingg