Kaa-chiingg

Tuesday, March 30, 2010

Nasihat Untuk Wanita Part 1 (lelaki jangan baca!)

Saya terjumpa artikel ini dalam rumah saya
jadi nak kongsi-kongsi dengan semua blogger
*macam ramai je yang jenguk blog ini..

okk
tajuk atas yang lelaki jangan baca tu sebab
nanti lelaki akan megah bangga riak dan rasa macam berkuasa sangat lepas baca entry ni

1) Urusan yang ditanyakan pada hari akhirat ialah mengenai SOLAT dan urusan SUAMINYA

2) Apabila wanita lari dari suaminya, solatnya TIDAK DITERIMA
sehingga kembali dan menghulurkan tangannya kepada suaminya





geng jaga aurat...baikkk punyaaa

credit to google ;p




3) Perempuan yang memakai BAU-BAUAN kemudian keluar melintasi kaum lelaki ajnabi
maka dia adalah PEREMPUAN ZINA
dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah ZINA
-da tak bole pakai perfumes ke??alaa...-


4) Sebaik-baik wanita ialah TINGGAL DI RUMAH
tidak keluar kecuali urusan mustahak
(layan blog kat rumah jaa pasni ye kaum hawa...)
Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh IBLIS
Sabda Nabi s.a.w.:
Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan
memandang akan perempuan itu

5) HARAM bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah
KECUALI urusan menuntu ilmu dan berjual beli

6) Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulallah s.a.w. bersama isterit-isterinya
datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum)
Rasulallah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam
Bertanya Ummu Salamah,
"Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulallah?"
Rasulallah s.a.w. menjawab
"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias
(bukan untuk suami dan mahramnya)
adalah seumpama gelap-gelita pada hari Kiamat
tiada NUR baginya

8) Mana-mana wanita yang BERMASAM MUKA menyebabkan tersinggung suaminya,
maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya
(adoii...senyum je laa walaupun hati panasssss)

9) TIDAK BOLEH seorang isteri mengerjakan PUASA SUNAT jika suaminya ada di rumah
serta tidak diizinkannya

10)TIDAK BOLEH memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya tanpa izin suami
-jangan memasukkan ye lelaki ke dalam rumah..haha...macam barang memasukkan


kepada lelaki yang baca jugak tu
korang janganlah bangga sangat ye
jangan buli isteri korang
okk...
sayang menyayangi
erk...

kalau da taip Part 1 kat tajuk atas tu...mesti ada Part 2 kan?
jadi...nantikan ye wahai wanita..
kalau mau baca...datang lah ke blog ini lagi...

6 comments:

nirelwof said...

hmmm...betapa Islam menjaga maruah dan martabat seorang wanita...
gud to share...

p/s: manusia mmg suka buat bende yg dilarang...sbb tu klu tulis jgn baca pun akan tetap dibaca...lumrah...hehehe

abcmilo said...

nirelwof: tu laa..psikologi..
bende yg ditegah tu laa yg nakkkk sgt dibuat

MiSs TOrA said...

n3 yg bagus ;-) semoga ianya menjadi pedoman buat2 wanita2 sume ;-) tq 4 sharing diz

Aizat Si Lipan said...

alamak..sy terbaca!!..thanks for ilmu

sweet.ants said...

complicated kan?
tp itulah hakikatnya...
setiap syarat Allah tu msti ada ganjarannya...

md nasir said...

salam..
alamak terbacalah..ahaks..
Ini maknanya Islam meletakkan perempuan di tempat yg tinggi..bukan seperti org barat yang mempergunakan wanita utk tujuan duniawi semata-mata..
p/s : tgh tgu part 2 plak..

Ka-Chiingg