Kaa-chiingg

Monday, March 22, 2010

Soccer Kids TV3 Best!! Diorang dah tewaskan Junior Soccer Singapore


Peeeeerrhhhhhhhh,.....tajuk entry kali ini memang tak boleh belah! Hahaha..... Kenapa saya teruja sangat ni?? weiiiiii weiii.... Mari sini ramai-ramai baca celoteh saya!

Siapa tengok rancangan Soccer Kids di TV3 setiap Ahad? Haaaa....mungkin ramai yang tak ambil peduli rancangan ini. Saya pun tak peduli sangat. Sebab saya memang bukan kaki tengok TV pun... Tanya saya pasal Akademi Fantasia pun, saya boleh cakap tak kenal dan tak cam langsung muka-muka pelajarnya. Hahaha.... Tapi kenapa tetiba nak buat entry pasal Soccer Kids yang saya sebenarnya tak peduli sebelum ni pulak??

Sebenarnya semalam secara tak sengaja saya tertengok TV3. Boleh ke macam tu tak sengaja?' Hahahaaa...... Bukan buat lawak la...betul tak sengaja. Saya tertengok la budak-budak ni bermain bola. Ingat nak layan kejap sebab tengok macam comel-comel je budak-budak tu main kejar-kejar bola. Alih-alih saya boleh layan sampai habis. Hahaha... Tapi serious saya cakap taip... memang dahsyat jugak la bebudak tu main.

Episod semalam yang saya tengok tu adalah kemuncak Soccer Kids iaitu perlawanan antara finalis Soccer Kids bertemu dengan pasukan Junior Soccer Singapore yang diadakan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) . Dan mereka telah membuatkan muka jurulatih pasukan Junior Soccer Singapore bengang sebab mengalahkan anak didiknya dengan teruk yang amat memalukan.


11-0


Saya dah tergelak-gelak guling-guling tengok budak-budak pesta gol. Macam-macam aksi. Comel sungguh mereka. Hahahaa...nak tengok MU lawan Liverpool pesta gol memang menyakitkan hati. Tak sia-sia usaha TV3 untuk memajukan sukan bolasepak negara. Pada saya, TV3 berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan yang digemari seluruh dunia ini. Kenapa saya cakap taip macam tu, sebab diorang main macam profesional!! Betullll....saya tak tipu! Hebat sangat persembahan permainan diorang semalam. Nampak kekuatan team work diorang. Permainan mereka nampak kemas dan teratur. Mereka ni kalau di latih dengan gigih, rasanya tak mustahil mereka boleh jadi bintang bolasepak bertaraf VVIP. Cececeehh....

Inilah muka-muka comel itu. Dah la comel, nakal-nakal pulak tu. Anak-anak siapa la ni ye..?? Hehehe....Ending episod semalam diorang dah nak balik ke rumah masing-masing. Pastu mereka sorang-sorang dipanggil untuk terima wang elaun sebanyak RM300 seorang sepanjang berada dalam latihan itu. Siap kena tulis nama dalam buku log yang disediakan, macam cerita P.Ramlee dulu-dulu masa terima gaji. Hahaha... sangat comel.... Lepas tu macam-macam aksi diorang buat masa terima duit tu. Ada yang nyanyi-nyanyi depan kamera. Pastu ada jugak yang buat tabik spring kat abang tukang kasi duit itu. Hahaha...kelakar. Masa ditanya nak buat apa dengan duit tu, ada yang jawab nak beli psp la...ada juga yang jawab nak simpan dalam bank. Macam-macam laa budak-budak ni...

4 comments:

1Malaysia Online 2014 said...

Coach Singapore tu ada cakap, team dia boleh beat team Soccer kids 3-0.kehkeh.

Tahniah Soccer kids

Aishot said...

sha pon tgk
every week tgk sebenarnye
first tgk team singapore nmpk mcm power sgt
aleh-aleh ambik kau 11-0

ibj said...

coach singapore tak ckp macam tu. coach singapore ckp dia predict 1-1. sbb dia gune formasi 4-5-1. ismail ibrahim nk menang, dia guna formasi attacking 4-4-2. dia yang predict 3-0, tpi ape yang dia dpt? 11 kosong! tahniah Syafiq Rizuan, skor 5 goal satu match

q said...

nak fb fatulah daniel leyh...harap diberi....plezzzzzzzzzz...

Ka-Chiingg