Kaa-chiingg

Wednesday, March 10, 2010

Beg kecil atau besar

Hari ini saya ada guidelines untuk pilih handbag yang bersesuaian untuk diri kita.. lepas baca guidelines ini, harap semua tidak guna lagi handbag terlalu besar tapi nak pergi kedai runcit depan rumah.. bukan apa, zaman sekarang ni ramai sangat yang pentingkan jenama dari fungsi bag itu sendiri atau sesuai ke tak dengan diri kita..i mean..bentuk badan kita..badan kecil molek tapi guna bag besar dari diri dia...kesian laa weihh.. mmglah nak ikut trend terkini tapi mestilah sepadan dgn kita..kecil ke besar.. ok ok..jom baca dulu..


1)Pilih Saiz Bag Yang Sesuai/Sepadan Dengan Figure Kita sebenarnya saiz bag mmg sangat penting..tak kiralah macam mane punya cantik, mahal ke dari overseas ke..ia tetap dianggap 'unfashionable' kalau tak sesuai dgn bentuk badan kita ;( bagi anda yang slim dan tinggi, ELAKKAN dari guna bag yang saiz kecil. bag bersaiz sederhana atau besar sangat SESUAI dgn struktur badan anda yang tinggi itu. bagi anda yang kecil comel dan rendah, gunalah bag saiz kecil. jangan pakai bag besar lagi ye lepas ini ;p

2)Bentuk Bag
ini langkah kedua yang perlu diteliti dan ingat.... pilih beg yang bertentangan dgn bentuk badan anda..... (huh?camne tu?)
kalau anda ini tinggi dan slim - pilih rounded bag...k? macam gambar di bawah sana ;p



yang kecil molek pula - pilih segi empat tepat (rectangular)
macam di bawah ini ;p





3)Warna Bag
Lepas pilih saiz n bentuk beg..warna pun penting juga.. bukan apa..takut nanti macam caca merba...baju warna lain...beg warna lain..tudung warna lain..serba tak kena orang tengok.. paling best kalau dapat warna bag yang sepadan secocok selari sekata dengan warna baju yang kita pakai pada hari itu..huhuu... kalau nak jimat (maklumlah..i pun student..kene belanjawan jugak!) cari warna yang 'Natural' apa warna natural? warna hitam sangat harmoni dgn apa-apa baju yang kita akan pakai.. so you can never go wrong in selecting it because it always comes in style and fashion..k? tak pun..warna putih atau coklat...warna-warna ini semua dipercayai sepadan dengan apa-apa warna baju kita pakai..k? Next....

4)Sesuai Ke Majlis
haaaa.....macam saya beritahu tadi...nak pergi kedai depan rumah pun nak guna beg besar-besar ke?tak perlulah... ok..sgt penting untuk kita tahu ke mana kita nak pergi...kelas ke office ke majlis kahwin ke santai-santai kat shopping complex ke pergi makan malam bersama tersayang ke? tapi sekarang ramai yang bawa satu beg sederhana untuk ke semua majlis kan? tapi kena tengok juga majlis yang macam mana.. kalau formal dinner, gunalah beg yang kecil yang boleh muat handphone, compact powder n beg duit kecil.. bukan tak boleh bawa besar-besar..takut tak selesa nak makan sebab lenguh riba beg atas peha..nak letak atas meja tak boleh kan? ikut common sense kamu semualah saiz apa yang sesuai...tapi yg penting...sesuai dengan bentuk badan kita!










Ka-Chiingg