Kaa-chiingg

Monday, March 22, 2010

Beg Plastik Atau Beg Kitar Semula

topik hari ini terjadi atau tercipta berdasarkan pengalaman saya sendiri
percaya atau tidak..
saya kena bayar sekeping beg plastik??!!!
memanglah bagus dan langkah awal untuk pengguna sedar
tapi sekurang-kurang warning lah dulu laa weiihh
adooii

ok ok ok
saya memang sangat menyokong semua tema
'Go Green'
'Save Our Planet'
'Recycle'
dan macam-macam lagi kempen
saya marah ke apa ni sebenarnya?
saya sendiri tak pastilah

musuh ketat utama dunia kini....

saya masih terkejut dengan tindakan sebuah pasaraya yang tak terkemuka itu
siap tanya
'nak guna plastik sendiri ke tak?'
saya bingung soalan itu
lalu saya pun 'huh?' pada cashier itu
'ada plastik sendiri tak?kalau tak, plastik sini kena bayar RM0.20 satu'
hahahahaahah
gelak guling-guling aku
terpaksalah saya beli plastik itu dengan RM0.20 sekeping
saya terdiam masa cashier tet tet tet scan barang-barang saya..
dan barang-barang itu masuk ke dalam plastik berharga 20sen
berfikir.....-kena simpan plastik 20sen ni-
'kenapa takde notis kat entrance?'
apa-apa pun..
lepas ini..saya nak beli beg yang macam kain kapas ke kain tebal itu
beli banyak-banyak
langkah awal untuk mengelak perkara sebegini berlaku lagi
dan juga menyokong kempen itu semuamodel beg kitar semula..cunnya..

sebenarnya..kamu semua perasan tak
kalau mat salleh datang ke 'supermarket'
mereka bawa beg mereka sendiri?
memang diorang bawa..
saya pun nak mencontohi nilai-nilai murni itu
tapi....

saya akan ajak keluarga dan kawan-kawan..
kekasih
teman lelaki
mari menjaga alam sekitar kita...
bawalah beg itu bersama ketika kita membeli belah
tak kisah lah beli baju ke beli perabot
bawalah 'mereka' bersama mula saat ini
okkkkkk??

selamat mencuba bawa beg kitar semula

Ka-Chiingg