Kaa-chiingg

Tuesday, March 9, 2010

Kali Pertama Jatuh Cinta


Salam all,

Untuk entry yang pertama ini kami masih tiada idea.
Apapun diucapkan::


::: SELAMAT BERBLOGGING RYNA & KAY:::


Wawawaa~ blog ini adalah perkongsian dua ekor monyet teman tapi tak mesra sangat yang kedudukan mereka adalah sama di khatulistiwa:- antara garisan lintang 1 dan 7 Utara dan garisan bujur 100 dan 119 Timur.

Seorang berada di kepulauan yang menjadi rebutan Indonesia+Philipina dan seorang lagi berada di tanah besar Semenanjung yang mengunjur dari hujung sempadan negara Thai.
Sila rujuk pada peta Asia.


Kami di sini ingin memeriahkan lagi dunia blogging seantero alam-
Kerana semua orang ada blog.Kami juga ingin ada blog.Blog KAMI adalah jiwa KAMI.
Kami berkongsi belog ini kerana kami percaya dan yakin sesuatu organisasi perniagaan bisa berkembang dengan baik dan berjalan dengan sempurna dan menjadi servis lebih cekap dan mantap dengan adanya rakan kongsi yang "ngam".
(ada motip di situ...hehh hehh hehh...)


Orang bilang dua kepala menjadi SATU.
Bukan lagu Gita Gutawa dgn Dafi tu-Dua Hati Menjadi Satu bukan bukan bukan!!

Nahhhh..... ini hadiah kami kepada pembaca semua sempena hari pelancaran blog abcmilo hari ini. Terimalah sejambak bunga rose merah mengancam ini yang baru di kutip dari ladang. Terima kasih kerana sudi datang ;)

Jemput minum....abcmilo special dari kami.Kalau kurang sila tambah lagi...jangan malu-malu...jangan segan....buat macam rumah sendiri.

Daaa~~~


p/s: Maaf sebab tajuk entry tidak berkaitan langsung sama ada dengan yang hidup ataupun yang sudah tiada.huhu...janji lain kali tak buat lagi!! ngeeeeeee~



No comments:

Ka-Chiingg