Perbincangan malam tadi dengan seorang chatters tegar ada cakap sikit pasal dinding dalam biliknya. Seorang perempuan okeyy...muda belia. Cantik body~ pewiiittt...ikhlas saya puji! Dia nak kawen....tapi tak tahu bila.Dia nak hiaskan biliknya dengan menempekkan wallpaper atau nama melayunya kertas dinding untuk feature wall. Tapi tau-tau saja la.....kertas dinding agak mahal juga harganya. Dia ni pulak student lagi....tak habis-habis lagi belajar. Umur dah berapa...dah nak kawen. Nasib baik kau anak tokey kayu balak dan bakal laki kau pengusaha belacan. Cececeehh....ada unsur-unsur dengki di situ....ceitt! Ni saya nak beritahu...kalau tak pandai tempek sendiri, lebih baik upah orang yang profesional untuk menempeknya. (menempek adalah sama bunyinya dengan menampal ye kawan-kawan....dah darah jawa mengalir kuat dalam badan ini...layankan aje hahaha ;))
Oleh kerana kertas dinding agak mahal walaupun sangat cantik...jadi sebagai alternatif mengurangkan kos perbelanjaan menghias bilik bolehlah kita menggunakan wall stiker. Sekarang ni ada banyak dan macam-macam design wall sticker. Dan tak perlu upah profesional untuk menempeknya ya...sebab budak kecil baru tumbuh gigi pun boleh buat! Jadi lebihan peruntukan untuk hias bilik bolehlah digunakan untuk kos perkahwinan kau cik Bedah oi...walaupun dia anak tokey kayu balak, dia tidak suka menyusahkan orangtuanya. Bagus budak ni...sedar diri yang dia tak berharta. Cuma tumpang kekayaan mak bapaknya saja. Kekayaan yang dimiliki adalah hak Tuhan. Jadi kongsi-kongsi la kekayaan tu.....beritahu bapak kau ya...saya minta ditaja tiket flight pergi dan balik bercuti di Bandung bulan Ogos nanti ;p~
wekk wekk
SILA BESARKAN MATA BULAT BULAT YA \( O ) ( O )/
Black & White - kombinasi yang menarik kan? Ni untuk bilik lelaki bujang sangat sesuai
Underneath pokok kering I will wait for you~~
Saya nak! saya nak!! wow..sangat classy!
Orang kentut pun tak bau~ bunga itu nampak wangi
Ruang terasa sejuk seperti menggunakan aircond Panasonic Teknologi Inverter cececeehh
Selamat Pagi Malaysia!~
Wall sticker sangat murah dan memudahkan kita menghias. Dengan sentuhan sedikit kreatif sudah dapat menaikan seri sesuatu ruang. Budak sekolah darjah 1 pun mampu membelinya. Apatah lagi student UiTM. (haihh....U lain tak sebut pulak--) Nak hias bilik hostel pun boleh. Habis semester cabut balik. Next semester tukar design lagi-- waahhh! terasa ingin kembali ke Kolej Anggerik.
2 comments:
Wahaha.... Tak tau keadaan UiTM S. Alam.. Tapi Kalo UiTM Arau tak bole tampal2.. Mau2 dia saman 200 karang.. RS sini bukannya betul.. Mujur I da jadi NR. Apa punya RS tah. Meja sepah time study pon nak keco2 saman sampai 60. Ingat student cop duit ka apa?
cik hanis- kamu hanis blaja kt uitm arau yeh?? ingatkan hanis uitm segamat ;)) thankx 4 d comment. pasal hostel uitm kolej anggerik paham2 aje laa...student amik course design segala....RS x dapat ckp ape....yang penting xde unsur2 ganas,sexy segala sudah...
Post a Comment