Kaa-chiingg

Thursday, March 11, 2010

Assistant Tak Bergaji





Sila lihat di sekeliling anda sekarang....iyaa sekarang!!


Tengok kiri, tengok kanan, depan, belakang.


Kalau anda yang membaca ni sedang berada di pejabat, pasti dapat melihat benda-benda di bawah ini. Sila lihat gambar di bawah dengan teliti. Ada kan ada kan, kann?? Ada yang letak dalam laci, atas meja tapi tidak di bawah kerusi yaa....Jika ada itu mesti ada unsur-unsur penganiayaan berlaku. Cepat-cepat buat aduan di Jabatan Buruh. Dan kalau anda sedang berada di kedai mamak sambil menikmati milo panas, (err..kenapa milo? bukan teh tarik?) sudah tentu la benda-benda tu tiada...tapi kalau berani sila buka laci kaunter mamak tu...dijamin 110% ada tersimpan. Mari saya perkenal kan satu persatu ya...


errr...




Siapa tau nama benda ini sila beritahu saya ya...(masa cari image ni saya cuma taip "plastic file" .Tak mungkin namanya plastic file....huhu)



Paper Clip




Stapler






Paper Punch







Pernah tak korang terfikir siapakah yang mencipta benda-benda ini semua??

Haaa....pernah tak? pernah tak? Orang yang mencipta ni mesti sangat kreatif lagi inovatif kan. Mereka lah golongan yang patut di banggakan kerana berjaya mencipta sesuatu yang menjadi kegunaan harian. Tak kira lah untuk urusan rasmi mahupun urusan tidak rasmi. Penggunaan benda-benda ini semua sangat penting. Kalau tak ada staple, habislah semua kertas-kertas berhambur. Benda-benda ini semua yang membantu menjadikan kerja-kerja kita lebih kemas dan teratur.

Boleh tak korang bayangkan kalau benda-benda ini tidak wujud?
Tak mungkin cikgu skolah edarkan kertas soalan yang tebalnya seperti surat perjanjian PTPTN untuk di tandatangani pelajar UiTM kepada pelajarnya menggunakan batang lidi!

Oh...saya tidak mahu fikirkan lebih lanjut. Lu Pikirlah Sendiri - Kata Nabil

Sila lihat ini.....



Ini sudah sangat kreatif.....Paper Clip pun boleh jadi cincin ;))

Kepada pasangan yang sedang bercinta, agak-agak nak bagi cincin tanda boleh jugaklah pertimbangkan design cincin paper clip di atas. Cute sangat....saya suka ;))
Tapi kalau nak kawin melampau sangatlah tuuu.....hepp!!


p/s: saya sangat suka merah yang menawan ;p~ ghairah gitu...opppssss...

No comments:

Ka-Chiingg