Kaa-chiingg

Wednesday, March 17, 2010

Mariah Carey Made In Malaysia


Album: Hawa
Song Title: Belasmu
Singer: Nicolette Louisa Palikat

Please switch on the vedio and ayuh ( i mean, come --bukan nak ajak gaduh..ok ok..serius. )...take a deep breath....close your eyes...listen this song and try to feel it...
deep...deep inside your heart...and imagine it.

Dalam kurebahkan badanku
Menatap langit luas yang tak berpenghujung
Ku lihat ku gambar sebuah dunia yang sempurna dan tiada celanya
Tiada miskin dan derita
Kedaifan bukan punca dia dihina
Tetapi perangi amarah yang memulakan peperangan itu sendiri

Bagaimana gerangan tercipta
Dua jurang yang sangat berbeza
Yang fitrah yang indah sebalik pemusnah yang hauskan darah
Ku pinta pada Yang Maha Esa
Sinari hidayah buat mereka
Yang buta yang suka menghapus melupus segala yang benar

Ku perlukan kasih-Mu
Ku perlukan belas-Mu
Segala tercipta
Ada hikmah ada kisah ada nilainya
Ku perlukan kasih-Mu
Ku perlukan belas-Mu
Ku akur ku syukur
Ku akui ku hargai KebesaranNya

Senyuman si kecil yang suci
Nilaikanlah ia sebesarnya dunia
Kerana ianya
Warisan yang akan menentukan hala tujuan kita
Tangisannya perlu dihenti
Selamatkannya untuk dirimu
Ku sayu ku rayu
Luangkan sesaat jelaskan segala yang dapat kau lihat

Semoga sejahtera semua
Di dalam mencari
Erti kehidupan
Semoga terus berjuang
Mendekati, memahami, menghalusi
Dirimu sendiri

----------------------------------------------------------
Now tell me, apa rasanya?? Sedih tauuuu....lagu ini lagu yang sedih menyayat hati....
Saya dah layan lagu ni berbulan-bulan....tak pernah bosan.
Sorry sebab vedio tu bukanlah official vedio untuk lagu Belasmu-Nikki. Nicolette Louisa Palikat adalah nama sebenar Nikki. Bagi saya Nikki seorang penyanyi yang sangat bagus. Dia hebat. Lagu-lagunya buat saya teringatkan Michael Jackson. Suaranya persis Mariah Carey.
Tapi kenapa lagunya kurang mendapat perhatian? Heyyy...wake up Malaysian people!!
Stop layan lagu Indon okey...Now is the time to vote Malaysia's Product!
Kita ada banyak artis yang berbakat. Penyanyi yang bagus, album yang berkualiti-- Nikki salah satunya. Korang boleh layan lagu Hawa - muzik & lirik yang juga bagus.


Oh Nikki saya sudah promote kamu di dalam belog ini dan mengajak gengblogger mendengar lagu kamu-- saya dapat hidu bau royalty itu! ahaks ;))

No comments:

Ka-Chiingg