Kaa-chiingg

Friday, March 19, 2010

Mari Menangani Pemanasan Global







Kerajaan akan menghentikan penggunaan lampu pijar (incandescent) secara berperingkat bermula tahun depan dan akan digantikan dengan lampu lebih cekap tenaga seperti compact fluorescent lamp (CFL), lampu fluorescent tube dan lampu light emitting diode (LED).* haa...baru sekarang nak sedar...

Apakah perbezaan lampu-lampu ini ye?? hmm....sebenarnya yang perlu di tukar adalah mentolnya saja. Bentuk masih sama. Lampu jenis incandescent berfungsi bila elektrik dialirkan pada filamen, terjadi pemanasan sehingga menghasilkan cahaya. Lampu ini memang tidak efisien kerana 90% dari tenaga menjadi panas. Lagi satu lampu jenis ini memang sangat murah. Sebab tu ramai orang memilih lampu jenis ini untuk kediaman dan juga pejabat. Tapi tidak sedar bahawa lampu ini memberi kesan yang buruk pada persekitaran. Lagipun lampu jenis ini cepat rosak. Mentol mudah pecah. Bila dah pecah, kenalah ganti. Nak ganti kenalah beli. Bukankah itu juga satu pembaziran?? Biasalah...barang murah. Barang murah memang kurang berkualiti. Tidak seperti lampu LED.




Lampu LED saiznya lebih kecil tapi lagi power dari lampu Incandescent. Cuba lihat mouse korang. Lampu yang kelip-kelip tu, haa...tu LED la tu...
Sekarang ni kebanyakkan company Interior Designer mengesyorkan pelanggannya menggunakan LED. Harga memang agak mahal. *owh..ni yang selalu orang complain. Cakap designer sengaja bagi barang mahal-mahal adoiii....Paling cikai pun diorang proposed guna CFL. Tapi better guna LED la....sebab LED tidak panas bila di sentuh. Kalau jenis lain memang panas. Silap-silap boleh masak telur di situ hahaha....takde lah...mengarut je.Lagi lampu LED ni tahan lama, SANGAT jimat tenaga, tidak mudah pecah dan rosak. Ha...cuba fikir balik...korang nak guna barang murah tapi cepat rosak serta mencemar alam atau guna barang mahal tapi tahan lama dan tidak mencemar alam??`

"Kerajaan juga akan menghentikan pengeluaran, pengimportan dan penjualan semua jenis lampu pijar dalam tempoh dua tahun selepas fasa pertama bermula 1 Januari 2012 hingga 31 Disember 2013."

Haa statement ini saya suka!! Lepas ni semakin laris lah lampu LED saya... Boleh jadi tokey ni...Makcik kayoo~~! muehehee....Sebab kayu balak pun semakin berkurang. Susah bisnes woOOo.... Kepada anak tokey kayu balak, mau tak jadi bisnes partner saya? :p~~

MAKA DI SINI SAYA INGIN KATAKAN : BERTUKARLAH KEPADA LAMPU LED SEKARANG! BERTINDAK CEPAT DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA DAN DUNIA!! BELI CEPAT SEBELUM HARGANYA SEMAKIN MAHAL :))
( ayat promote nii...)

SOKONG EARTH HOUR!

No comments:

Ka-Chiingg