Kaa-chiingg

Monday, April 5, 2010

Tips Untuk Orang Kurus Nak jadi Gebu Macam Saya :)


Sebelum ni saya ada buat entry pasal kejayaan saya melangsingkan badan kan kan...;)
tu pun kalau anda ada membacanya
yang belum baca lagi boleh kelik di sini

dan hari ni saya ingin berkongsi tips untuk orang yang kurus menjadikan badan lebih gebu mantop cun bergetah nyum nyumm grrrr gerammmmm hik hik macam saya hahahaha perasaannn ;)

okeh okeh.... nak naikkan badan senang jer....nak turunkan badan tu yang susah
di bawah ini saya senaraikan cara yang paling efektif lagi berkesan 150% untuk menjadikan badan lebih gebu geram:-

1) amalkan makan sebelum mandi

2) amalkan selepas makan terus buat-buat mengantuk dan kalau boleh terus tdo lagi bagus

* ok...memang di ketahui umum tabiat kuat tdo dan kuat makan memang boleh meng"gebu+geram"kan badan. haa....senang tak senang....

3) banyakkan pengambilan karbohidrat dan protein iaitu nasi+roti+daging+telur+susu

4) bersenam atau beraktiviti lasak seperti terjun bangunan main futsal atau basketball atau menari poco-poco 3 jam tanpa henti!

*erkk....kenapa nak bersenam pulak?? haaa....jangan fikir bersenam untuk kurus jer...bersenam juga boleh jadikan badan gebu geram tau...sebab keletihan dapat meningkatkan nafsu makan

Ini adalah diet cara sihat orang kurus yang nak meng"gebu+geram"kan badan:

sarapan: roti + telur rebus 2 biji + segelas susu penuh krim

makan tengahari: nasi penuh pinggan besar + ayam/daging + telur rebus 2 biji

minum petang: roti/pau + segelas susu penuh krim

makan malam: nasi penuh pinggan besar + ayam/daging + telur rebus 2 biji

supper(WAJIB): salad semangkuk + segelas susu penuh krim


harap tips ini dapat membantu kawan-kawan yang memiliki badan yang kurus melidi untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih berisi gebu+geram :)


sebelum

selepas

grrrr....;) hepppp~!! gatalnye kamu~~


5 comments:

Unknown said...

Wow!petua yang hebat!gerenti mesti ramai yg folow petua awak ni!he..he..

Anonymous said...

banyak makan telur memang leh gebu, tapi tak kuat kentuuut~ ke? :)

Hasrol Nizam said...

gambar memang tak boleh blah..semartt..haha

Kay- said...

Lepat Pisang: ehhh...petua ini sangat menjadi....try laaaaa ;)

Ismail Noh: kuat kentut tu normal laaa ;)

Hasrol Nizam: dedikasi untuk awk hehe...;)

Anonymous said...

mkn telo byk sgt kang jadik bisul..try2 ingatkan badan yg naek last2 bisul yg naek..tembam2 plak tu..hahak..

Ka-Chiingg