Salam Jumaat sekelian umat
Entry patutnye publish waktu pagi tapi tak sempat siapkan
Sibuk dengan urusan duniawi yang lain
Tapi jangan khuatir yaa pembaca sekelian
Sesi muhasabah diri tetap dilaksanakan
Kadang kita perlu bersendirian
Berdiam diri dan menyelami hati sendiri
"adakah hatiku berada dalam keadaan yang baik pada hari ini?"
"adakah semalam aku telah menyakiti dan melukai hati orang lain?"
MAAF KERNA AKU TIDAK SEMPURNA
Dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w pernah bersabda:
"Ingatlah,bahawa dalam tubuh itu ada segumpal daging. Apabil ia baik, maka baiklah tubuh itu seluruhnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah tubuh itu seluruhnya.
Ingatlah, dia itu adalah hati."
Hati yang bersinar kerana iman
akan selalu mengingat Allah
Sementara hati yang gelap kerana dosa dan maksiat
Akan selalu lalai mengingat Allah
Imam Ghazali mengatakan:
"Sebaik-baik manusia adalah jika mengingat kematian dengan hati yang sibuk, tidak tampak bekas di dalamnya. Caranya adalah dengan mengosongkan hatinya dari yang selain itu dan merenungkannya, sebagaimana ia memikirkan perjalanan yang direncanakannya di darat atau di laut kerana yang menguasai hatinya adalah menerungkan kematian dan mempersiapkan untuk menghadapinya."
Aisyah ra. pernah bertanya kepada Rasulullah:
"Ya Rasulullah apakah ada jenis manusia yan gdikumpulkan bersama orang yang mati syahid?"
Rasulullah menjawab:
"Ya, iaitu orang-orang yang mengingat mati dua puluh kali dalam sehari semalam."
Tidak sukar rasanya untuk kita memupuk hati dan minda supaya sentiasa mengingati mati.
1) Menjenguk orang sakit
Dalam ajaran Islam seorang muslim disunnahkan untuk menjenguk orang sakit untuk menghibur, mendoakan dan menasihatinya agar tabah dan sabar dalam menghadapi ujian dan cubaan dari Allah swt. Dan kita akan mendapat hikmah disebaliknya.
2) Ziarah kubur
Islam sangat menganjurkan untuk berziarah kubur kerana dengan melaksanakannya seseorang akan sedar bahawa cepat atau lambat, sakaratul maut pasti akan menjemputnya.
****Ziarah kubur bukan hanya pada Hari Raya sahaja tau......! Ingat tu...
3 comments:
teringat pulak kat arwah ayah. huhu
Sy punnn....teringat awrah mummy tu yg tercetusnye entry nihh huhu...
Al-Fatihah utk mereka
salam..
terima kasih bagi tazkirah
mmg berguna dan menyentuh hati
Post a Comment