" Karipap, seperti kuih-kuih yang lain, luarannya nampak mudah..."
"Namun membuatnya, bukan sekadar campur tepung dan bahan-bahan, ia perlu lebih daripada itu."
"Setiap benda di dunia dibuat oleh ramai orang. Nah, lihat kerusi itu...
....Pastinya kerusi jenis itu bukan satu-satunya kerusi rotan di dunia ini bukan?"
"Beribu-ribu kerusi rotan sudah dibuat oleh berpuluh-puluh orang. Sama seperti karipap. Kamu bukan orang pertama yang akan membuatnya, malahan jika esok tidak kiamat, kamu bukan orang terakhir, maka apa yang membezakan karipap kamu dengan karipap orang lain?"
"KASIH SAYANG"
"Maka apa yang saya ajarkan kamu malam ini mampu saja kamu perolehi daripada sesiapapun, cara membuat karipap. Nah, daripada internet pun kamu boleh belajar."
"Jadi, apa yang harus saya lakukan, adalah membuat karipap dengan penuh kasih sayang?"
"Ya, makanan itu akan sentiasa sedap jika segala kasih sayang dan keikhlasan dalam dirimu disalurkan semasa membuatnya. Ia tidak akan sedap jika kamu mengerjakannya secara paksa, secara tergesa-gesa dan tanpa sepenuh hatimu."
Mungkin begitu juga dengan cinta. Membuat cinta, sama seperti membuat karipap. Sesiapa sahaja boleh mengatakan, 'saya cintakan awak'. Namun adakah rasa cinta itu benar-benar datang daripada hati? Adakah segala usaha itu benar-benar datang daripada kasih sayang? Ataupun mungkin kita sentiasa hidup dalam penafian, mulut berkata lain, hati kisahkan perihal sebaliknya.
Lantas jika tiada kasih dan kejujuran, itu yang menyebabkan cinta menjadi suram. Lantas membuatkan dua pasangan saling berpaling muka. Kerana 'cinta' yang mereka ada itu sudah tidak lagi diusahakan dengan sepenuh hati.
Kerana karipap perlu dibuat dengan kejujuran. Tanpa kejujuran, karipap itu kosong tanpa inti yang sedap. Karipap itu kosong tanpa inti yang banyak.
Yang membezakan:-
karipap yang dibuat dengan hati
dan
karipap yang dibuat tanpa hati
13 comments:
lama x makan karipap....haha
karipap kalau ada hati lembu dalam tu gaya cam sedap jugak.
ni tak. benda sama je. kalau tak ubi kari mesti sardin.
fakhrul: xde yg jual kott...:)
berd: hati lembu byk kolesterol. tp kalau ko suka apa salahnya bubuh dalam tuu....mintak jennifer buatkan agak2 sedap ke tak?` ;) ;p~~
lapar la plak mlm2 ni
ko buat aku lapar.....
Bagus juga entri abc milo pasal karipap, macam-macam melereknya, pun seronok dibaca. terima kasih kerana jenguk blog akak, dan sering-seringlah jenguk sambil tinggal jejak...
salam...sy pun dah baca buku Karipap-karipap cinta tu....menarik.
kejujuran tu penting neh..ada buku tajuk karipap2 cinta ke?
makan karipa panas2..minum plak minum panas. Pergh..memang layan. milo secawan...
nabila & mirachantek: malu = lapar ;)
Kak rashidah: terima kasih jejak kesini...;)
Liza Lias: ;) best giler kan kan??
Serol: laaa....kan sy dh buat entry pasal buku tu...;) pegi usha http://abcmilo.blogspot.com/2010/05/karipap-cinta.html
mummy: layannnn....nak2 sebelum tdo heheee...
contest boleh ht lagi...due sampai 31st may...
karipap yang dibuat oleh sarah kepada ali
ekekekekeke
karipap awak buat sedap tak?
XD
karipap cinta,,sounds weird,knpe msty kripap ,,,x donut k kuih koci k kuih bahulu k kuih ketayap k mereka pn ada inti jga
Post a Comment