Kaa-chiingg

Tuesday, May 4, 2010

Bahaya Minuman Tin







Tikus ini memang comel.... Kanak-kanak suke~ Uncle pun suke.... ;)

Tapi benda comel kadang membawa bahaya. Saya memang tak suka tikus!! Saya tak takut dengan tikus, saya juga tak geli. Tapi memang semulajadi tak suka! Najis! Nampak tikus terus ingat tahi!! Eeeeuuuuuwww.....

Entry ini cuma nak ingatkan korang tak payahlah nak beli minuman tin lagi. Kalau nak jugak, jangan lupa basuh bersih-bersih....errrr tapi saya memang tak yakin tahap kebersihan tin itu walaupun sudah di cuci dengan Dettol. Bukan apa...dah namanya kencing tikus, air kencing, kan ker berasid dan bertoksik??` Asid + Aluminium akan ada tindak balas betul tak adik-adik sains hayat sekelian???? (Maaflah kalau salah sebab akak dah lame tak masuk kelas teori kimia. Sume dah lupe bhahahaaa...)

Leptospirosis

Mesti korang pun dah tahu pasal nama penyakit nih kan?? Leptospirosis terjadi disebabkan oleh pendedahan kepada kuman yang terdapat di dalam air
yang tercemar dengan kencing binatang. Biasanya terjadi di negara beriklim panas.

Gejala :
1. Masa pengeraman (kuman tu laa nak membiak) di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
2. Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala. Gejala ini
melibatkan lebih kurang 75% hingga 100% pesakit.
3. Batuk tidak berkahak (25%-35% kes)
4. Loya, muntah dan cirit-birit ( 50 kes) Sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit
perut adalah gejala yang kurang berlaku.
5. Radang selaput mata.
6. Antara 7% hingga 40% pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau
hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak,kekerasan otot, perubahan bunyi pada paruparu
atau ruam.

Kuman Leptospira boleh membiak melalui darah dan air
tulang belakang. Biasanya ia membiak secara perlahan dan pengesanan makmal
diperlukan. Pastu hanya 50% bilangan kes berjaya mengasingkan kuman dari darah. Maknanya kebarangkalian untuk mati adalah 50-50.

***Saya juga sudah menjadi agak ragu-ragu dengan botol minuman berkarbonat. Hanya minuman yang berkarbonat buat saya cuak. Tapi botol minuman Tropicana Twister tak cuak pulak....bhahahahaa.....

Apapun, Utamakan Kebersihan. Saranan dari Kementerian Kesihatan.


8 comments:

Berd said...

tin je kan. aku minum yang dalam botol.

eh tak sesuai lah gambar mikiey. gambar yang biasa mana?

adham said...

aku suke. macam mane?

abcmilo said...

Berd: bhahahaaa....tu jer ko carik kt sini ek??? ko tunggu next entry

adham: aduyaiiiii...pepandai ko lah...huhuu..jaga diri yerr...

Lepat Pisang said...

Hm,
nasib baik lepat dah tak minum atau makan makanan dan minuman dalam tin..risau dan bimbang..

shey said...

bimbang gak minum air dlm tin :(

masterly02 said...

minum air dlm tin pakai straw tak pun taung kat cawan..yer x?

Psychaoez said...

air tin ni mmg bahaye..kndungan gula pn giler2.ayah kne kncing manis pn sbb minum air tin mase dolu2..jage ksihatan k :)

lakov said...

Cencurut yang comel hahaa XD

Ka-Chiingg