Kaa-chiingg

Friday, March 26, 2010

Cara Untuk Mengurangkan Cukai Pendapatan

Sudahkan kamu, kamu, kamu semua menunaikan tanggungjawab ini?? Ya..... membayar Cukai Pendapatan adalah salah satu tanggungjawab kita *yang sudah bekerja sahaja okey...budak sekolah tak payah pening-pening fikir dan bertanya "kenapa aku tak terima Borang BE lagi ek?" haiishh....apekah itu Borang BE? memula terima Borang BE rasa macam--owhh...apekah ini? ehh..tapi sekarang orang guna e-Filing (e-BE) laa....ngaangangaaa... Walaupun begitu masih ada yang liat atau tidak ambil peduli. Heyy....jangan yaa....jangan tak bayar. Diingatkan di sini tarikh tutup pengemukaan borang dan bayaran baki cukai kena dibayar adalah pada

(ayat ditiru bulat-bulat dari mukadepan Borang BE yang asal)

30 April 2010.

Kalau tak nanti korang kena Penalti. Huhu... lagi pening... korang kena ingat LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN) adalah Along yang berlesen ya.... ehh kenapa saya cakap diorang ni Along pulak? Bukan diorang kasi pinjam duit punnn?` Diorang mintak duit aje... Ehh macam samseng laa pulak kan.... Samseng yang berdaulat!! Ngaangaangaaa....

Sebenarnya ada cara untuk kurangkan cukai tu... diorang tidaklah terlalu kejam. Dalam borang tu pun ada tulis apa-apa yang diorang bagi pelepasan.

Antaranya ialah:

1. Zakat

Untuk lebih memudahkan anda, buat sahaja Potongan Cukai Bulanan. Dengan ini PCB (Potongan Cukai Berjadual) juga dapat dikurangkan.

2. Pendidikan Anak /Takaful Pendidikan

Skim Simpanan Pendidikan Nasional ( SSPN). Ianya adalah satu skim simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM3,000.

3. Pembelian buku, majalah dan journal. Pelepasan cukai maksimum sehingga RM1,000.

4. Bantuan kebajikan lain seperti MAKNA, MERCY dan banyak lagi

5. Fail cukai yang berasingan bagi yang dah berkahwin ( bukan untuk orang bujang)
Setiap individu layak utk pelepasan cukai sebanyak RM8000 setiap individu.

6. Minta majikan tinggikan caruman EPF pekerja.

7. Melanjutkan pelajaran postgraduate utk orang dewasa. Sila semak dengan LHDN sekiranya ia mempunyai bidang kritikal tertentu sahaja.

8. Pembelian barangan sukan
Pelepasan cukai maksimum RM300

9. Insuran hayat/takaful keluarga
Pelepasan cukai adalah RM6000 (dikongsi dgn caruman EPF). ini tidak termasuk dgn takaful pendidikan. Sebaiknya kita pisahkan Takaful Pendidikan dan Insuran Hayat.

10. Bayaran perubatan utk ibu bapa
Bayaran perubatan utk ibubapa mendapat pelepasan cukai RM5000.

11. Pembelian komputer setiap 3 tahun. Pelepasan cukai RM3000 ( sekali sahaja dalam 3 tahun).

12. Beli hartanah yang bernilai 250k dan ke bawah. Pelepasan cukai sebanyak RM2000 .

13. Buat Full Medical Check Up. Maksimum RM500.


****PENTING!!! Sila simpan resit-resit pembelian dalam satu fail Cukai Pendapatan Peribadi--

buatlah file sendiri. Kalau tak jangan mimpi nak dapat pelepasan tu semua.

BUKTI harus ada maaa..... Sama jugak lah macam korang nak kahwin kannn,... kena la ada sijil kursus kahwin. Kalau tak tok kadi tak rela nak menikahkan. Kira macam sijil tu syarat WAJIB mesti ada sekarang ni. Bukti yang korang dah mengikuti kursus kahwin. Orang yang tak pergi kursus tu tak boleh dinikahkan. Amboiii...garang sungguh Jabatan Agama Islam sekarang yer... Adoiii.... tetibe lari topik.

5 comments:

Unknown said...

Lepat setuju benor dengan awak..
La ni semua perlukan bukti dan simpan sebagai backup...
yalah mana tau kot2 ada pihak berkenaan tak percaya..tunjuk resit kat depan mata dia..biar dia terjuling sampai tak larat tengok.he..he..

Kay- said...

zaman sekarang sms pun boleh jadi bukti ;)

aurikelsan said...

tQ..info yg berguna

amiey lee said...

hehehe jgn jeles i dh setel e filing...pastu dpt cukai terlebih bayar..seronok plak..tapi nk tgu duit tu ntah tahun bila la...

Kay- said...

permata hati: my akauntan kt office ade beritahu dalam bulan july pergi try mintak statement kt LHDN berdekatan ;)

Ka-Chiingg