Kenapa tak percaya eh?
(nada suara macam dalam iklan BCB)
Kajian akademik telah membuktikan lelaki curang- kurang cerdik atau kurang bijak atau bahasa kasarnya dipanggil BODOH. Walaupun mungkin bukan semua--Bukan semua lelaki BODOH,curang dan bukan semua lelaki PANDAI, tak curang.
Kajian yang dipetik akhbar Daily Mail menyebut, lelaki yang tidak setia kepada isteri berkemungkinan besar tidak mempunyai daya kecerdikan atau IQ yang tinggi. Pakar psikologi evolusi Kajian Ekonomi dan Sains Politik London, Dr Satoshi Kanazawa berkata, semakin cerdik seseorang lelaki itu, semakin kurang kemungkinan dia menduakan pasangannya. Saintis ini berkata,
tanggapan biasa:-lelaki selalunya cenderung untuk menjalin hubungan dengan beberapa wanita, berdasarkan evolusi sejarah.
Namun, lelaki cerdik biasanya akan mengamalkan sesuatu yang bercanggah dengan tanggapan itu.
Bermakna, mereka TIDAK akan membiarkan diri mereka berada dalam kumpulan tanggapan biasa mengenai lelaki. Mereka tak suka menjadi curang sebaliknya setia pada satu.
Oleh itu, saintis merumuskan, dalam soal kesetiaan rumah tangga, lelaki yang tidak dapat berubah dan selalu curang lebih berkemungkinan dalam kategori ‘BODOH’.
Dr Satoshi Kanazawa dalam kajiannya mengatakan bahawa wanita sering kali SETIA kepada SATU pasangan, termasuk dalam keadaan bermadu-- (adakah ini bermaksud perempuan lebih BIJAK dari lelaki?) :)
3 comments:
heee ye setuju hahahahahahahaha
salam..
Rasa team yg buat kajian nie sure ramai perempuan..result cam berat sebelah jer..ahaks
permata hati: okeh! sokong jgn x sokong!! hahaha
Md Nasir: sabo~ sabo~ hahaha!
Post a Comment