Kaa-chiingg

Wednesday, March 31, 2010

Nasihat Untuk Wanita Part 2 (Lelaki Jangan Baca laaa)

Da nama tajuk part 2
sambungan dari entry saya yang lepas

11) Hendaklah isteri berpuas hati (REDHA) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah
samada miskin atau kaya

12) Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan terpaksa dan
dia juga TIDAK BERHAK melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya

13) Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi DITOLAK
hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam LAKNAT oleh malaikat ke pagi

14) Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya,
dia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah
laknat malaikat juga laknat manusia sekalian

15) Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan,
maka akan Aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan
dan memuliakan hak-hak suami mereka
*sambil sujud...sayang..nak handbag sebijik...

16) Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada HARI KIAMAT nanti
Allah jadikan lidahnya SEPANJANG 70 HASTA kemudian diikat ke belakang tengkoknya

17) "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini,
kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya.
Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah WANITA."
Rasulallah s.a.w. ditanya, "Mengapa demikian Ya Rasulallah'
Jawab Rasulallah s.a.w.
"WANITA mengKUFURKAN suaminya dan mengkufurkan ehsannya.
Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup

18) "Kebanyakkan ahli NERAKA adalah terdiri dari KAUM WANITA."
Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka,
"Mengapa terjadi demikian, adakah mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?"
Jawab Rasulallah s.a.w.
"Tidak. Mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya,
sesungguhnya setiap seorang kamu adalah nikmat suaminya"

19) Keadaan WANITA 10 KALI GANDA seorang LELAKI di DALAM NERAKA
dan 2 KALI GANDA seorang LELAKI didalam SYURGA

saya rasa, untuk menjadi seorang wanita itu bukan mudah asalkan kita taat pada suami dan Allah
kalau ingkar salah satu...maka nahaslah..
sebab semuanya menjaga hati si suami
huh...ada lagi sambungan
Part 3...

mak saya selalu cakap...'baru mama tau kenape perempuan lebih ramai di neraka...'
sebab sekarang..ikut logik laa
kebanyakkan wanita mempunyai pendidikan yang lebih tinggi dari lelaki
jadi dia jadi sombong di situ
tu satu..yg lagi satu
ada wanita berpangkat lebih tinggi dari suaminya
jadi dia sombong di situ...
kadang-kadang si isteri senang-senang nak marah suaminya
(ni realiti...pernah nampak depan mata saya okk)
si suami turut jaa kata isteri
macam-macam lah

ada siapa-siapa tak puas hati..bagitahu lah..
saya nak sangat tau kenapa wanita jadi macam ni sekarang
(padahal aku pun perempuan...)
bukan apa...nak kahwin dah ni..
taknak terlupa terlepas laku..
nanti lidah kena ikat kebelakang......takut....

5 comments:

ISZA said...

wanita yg berkerjaya tinggi kelebihan suaminya.. sebab itu jadi mcm tu.. kadang2 x pendidikan bukan x pandai.. mungkin bukan rexeki suami..

ISZA said...

* wanita yg berkerja ringgi TIDAK memandang.. (pembetulan ye)

md nasir said...

salam..
ooppss terbaca lagi..
bila baca nie terbayang plak betapa beratnya tanggungjawab lelaki..

♥♥relyza♥♥ said...

gud infor here...
tips utk semua bakal isteri including ME

Sha-na.Szied said...

tanggungjawab lelaki mmg besar . cthnya: kalo isterinya x ditegur diajar mengikut landasan islam maka Nerakalah tempat suami itu..

artikel (maaf semakkan page kamu)
4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah swt nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang Allah swt berikan pada kita.

------------
kaum wanita pon kene igt,
WANITA ITU MUDAH KE SYURGA
WANITA ITU MUDAH JUGA KE NERAKA..

sekian~
ps: peringatan utk diri juga

Ka-Chiingg