Kaa-chiingg

Monday, March 29, 2010

Tahi Minyak

Haiiiiihhhhhhhhhhh

Adakah kamu seorang tahi minyak?? ehhh...bukan saya cakap muka macam tahi minyak. Kamu terlalu hensem/comel untuk dibandingkan dengan tahi minyak. Tahi minyak tu sangat burok bentuknya. Tahi minyak yang saya maksudkan di sini adalah simpulan bahasa yang membawa maksud CEREWET. Cerewet itu adalah sifat atau perangai yang kalau melampau-lampau boleh menyebabkan orang menyampah yang amat!


Semua orang adalah tahi minyak. Aik? Kenapa tak percaya eh? Kalau saya ubah ayat tadi jadi Semua orang adalah Cerewet. Haa.....percaya tak? percaya tak? Tipu lah kalau ada orang yang tak cerewet langsung di dunia ini. Pasti ada walaupun sedikit.


Mengikut pengalaman saya selama 3 tahun bekerja la kan....orang yang ada sifat CEREWET TAHAP DEWA adalah orang yang --ape saya boleh cakap ye??` jap saya fikirkan....hurrmm...

Okeh senang cerita macam ni lah yer..... Kepada pembaca-pembaca sekelian *cehh...macam ramai jer yang baca hahaa perasan jap. Semua orang tau "CUSTOMER ALWAYS RIGHT" atau ayat Melayunya "PELANGGAN SELALU BETUL" kan kan? dan sebagai customer korang sentiasa menggunakan segala kuasa yang ada pada perkataan CUSTOMER atau Melayunya dipanggil PELANGGAN itu dengan sepenuhnya. Dan masa ni lah perangai CEREWET kamu itu terkeluar dengan sengajanya. Tahu tak kamu bila tahap CEREWET kamu itu melampau sangat-sangat akan menyusahkan banyak pihak. Dan sebab CEREWET kamu itu tanpa kamu sedari segala urusan menjadi bermasalah. Itu tak kena, ini tak kena, dan tak pasal-pasal benda kecil yang boleh settle sehari jadi seminggu. Hal yang boleh dibereskan selama sebulan jadi setahun. Dan tanpa kamu sedari disebabkan sifat CEREWET TAHAP DEWA kamu itu memakan diri sendiri. Maunya tidak,.. kamu buang masa, tenaga dan mungkin juga wang ringgit. *Tau la kamu banyak duit. Kalau nak cerewet tu sila lah berpada-pada yer.... Sudah tu, kamu jugak membuang masa dan tenaga orang lain disebabkan perangai kamu yang tak boleh blahhh itu! (haiihh...bunyi macam marah jer....)
Saya tak marah. Tapi ada sedikit kesal dengan sesetengah orang. Customer cerewet ni kadang-kadang sampai ke tahap TIDAK RESPECT cara kerja sesuatu company. Ikut sukahati diorang sampai nak buat peraturan sendiri. Helooo..... Cuba tempatkan diri korang sebagai peniaga. Apa perasaan bila ada orang lain cuba mengatur atau mengolah sendiri peraturan atau syarat yang sudah kamu tetapkan??`

Entry ini sangat bosan yeh? Takpelah....saya sambung lain kali....

P/s:- Tahi minyak boleh ditelan, Tahi orang???`

1 comment:

Anonymous said...

hye...terbaca blog..saya kan buat part time pelamin..xda butik..barang dekat rumah mertua..then ada 1 customer ni, die nk jumpa...sy ok je..segan kat umah mertua..so ingt nk ajk jumpa luar...customer ni ley sound..habis macamne nk tengok barang?dlm ati xkan nk bawak semua kerusi..tirai pasang depan kedai mkn...huhuh..geram ni..sy phm mungkin xpercaya..tp kalo x percaya kenapa booked?

Ka-Chiingg