Kaa-chiingg

Friday, May 28, 2010

Entry Jumaat: Amalan Bersedekah

Salam anak-anak,
2 minggu tidak ada entry Jumaat bukan.
Baiklah hari ini senang sekali rasanya saya berkongsi amalan
yang boleh kita lakukan sepanjang hayat iaitu bersedekah.
Ya anak-anak... (ala-ala ibu ustazah gitu..)
Sedekah yang kita tahu ialah mendermakan harta kita.
Atau lebih khusus kita nampak perkataan sedekah
hanya berkait rapat dengan wang ringgit,
sedekah tabung masjid,
sedekah pada anak yatim dan sebagainya.
Tetapi Baginda sangat banyak menyebut tentang jenis-jenis sedekah.
Antaranya di dalam hadith ke 26 dalam kitab hadith 40
disebutkan oleh Baginda sebahagian dari jenis-jenis sedekah.
Antaranya :
1. Mendamaikan saudara yang berselisih faham
2. Menolong saudara meringankan beban orang bermusafir
3. Menolong saudara mengangkat beg atau bebanan yang berat
4. Kata-kata yang baik
5. Langkah ke Masjid
6. Alih duri dari jalan (elakkan mudharat)
Banyaknya! Itu baru dari satu sumber hadith.
Sebenarnya banyak lagi.
Kita pun pernah dengar
“senyumanmu pada saudaramu satu sedekah”
juga termasuk dalam ciri sedekah.
Pendek kata, kita sedang bersedekah dan mendapat pahala dari Allah.
Betapa pemurahnya Allah,
walaupun kita tak tahu jenis sedekah (sebab tak belajar)
Allah pasti memberikan balasan yang setimpal.
Teringat pada kisah pada zaman sahabat nabi, orang-orang miskin mempersoalkan kepada Rasulullah tentang kelebihan orang yang berharta. Ini kerana orang berharta mereka beriman kepada Allah, dalam pada masa yang sama mereka dapat dermakan harta yang mereka miliki. Berbeza dari orang-orang miskin, beriman jua kepada Allah tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk didermakan.
Lalu Baginda mengajar lafaz tasbih (SUBHANALLAH) adalah sedekah, tahmid (ALHAMDULILLAH) itu sedekah, takbir (ALLAHUAKBAR) itu sedekah, tahlil (LAILAHAILLAH) itu sedekah.
Jadi, itu sudah memadai dan dapat dilakukan oleh orang-orang yang tidak berharta.
Begitulah jua besarnya cabang bersedekah.
Cuma, lebih afdal orang yang mempunyai harta
lalu mendermakan harta tersebut
berbanding orang yang bersedekah dengan cara yang selain mendermakan harta bendanya.
Ini adalah soal kelebihan kepada orang-orang yang dikurniakan dengan kemewahan dan harta yang banyak tetapi tidak pernah lupa kepada segala nikmat yang Allah kurniakan.
Ada sesiapa ingin bersedekah hari ini?` Sedekah aja sama ibu di sini... ibu belum gajian lagi...
Malahan hari ini disuruh kerja lagi... Cuti Umum hari Wesak pun ibu kena kerja
Besok Sabtu pun kerja
Lohh...bilanya ada masa mau liburan??? Aduhh.... Pusing berat klo gini terusann...

3 comments:

rihan said...

alhmdullilah dh jd ustzah dia skrng,,

rihan said...

alhamdulilah dh jd ustzah dia skrng

mirachantek said...

kap ba ro kap alip taa nun!

Ka-Chiingg